Asal
usul matawang kertas
Asalnya
wang kertas hanyalah resit simpanan syiling emas.
Syiling
emas 10 dollar : 1834
Proses pertama: Sijil dikeluarkan sebagai bukti kamu menyimpan
syiling emas.
Teks
diatas
This certifies that there have been deposited in the Treasury of the
United States of America
Teks
di bagian bawah
Twenty Dollars in Gold Coin
Payable to the bearer on demand
Proses kedua : Tiada lagi tertulis simpanan syiling emas pada
kertas.
Proses
ketiga : Mereka ( Federal Reserve ) menyimpan semua emas.
Proses
keempat : Kita hanya mendapat kertas !
Dengan
wang ini mereka berbelanja. Wang ini sebenarnya tidak ada nilai (no
intrinsic value) tetapi kerana manusia percaya, ia menjadi bernilai.
Kenapa ? Kerana kejahilan umat Islam sendiri mengenal matawang mereka.
Kenapa Sistem Kapitalis menghadapi krisis , bank - bank di AS dan Eropah
banyak yang jatuh bangkrap ? Mari kita buat kajian.
Asas
sistem kewangan barat ada 3 :
1. Wang fiat ( wang tanpa sandaran apa - apa ).
Termasuk : Wang Kertas ( Government Printed Money ), wang akaun, cek, bon
dan sebagainya.
2. Rizab Berkanun ( Fractional Reserve Banking )
Menyimpan sebahagian deposit dan meminjam sebahagian yang lain.
3. Interest/bunga.
Ketiga
- tiga ini menyumbang kepada pertambahan jumlah wang dalam edaran yang
akhirnya membawa kepada inflasi.
Mari kita lihat .
Wang Fiat :
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi
dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang
mengeluarkannya. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar
‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli.
Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan
terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa
kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia
tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Apabila
kerajaan Amerika Syarikat ingin berbelanja, mereka ada dua pilihan. Samada
mendapatkan dana dari kenaikan cukai rakyatnya atau berhutang. Pilihan
kedua adalah lebih baik untuk ahli politik.
Pembendaharaan AS akan mengeluarkan US Treasuries Bond. Bon - bon ini akan
dijual kepada orangramai atau kerajaan asing. Jika jumlah dana yang
diperlukan untuk budget masih tidak mencukupi, Federal Reserve akan
membeli bon - bon tersebut. Orang ramai dan kerajaan asing menggunakan
dollar - dollar yang sedia ada untuk membeli bon - bon tersebut tetapi
Federal Reserve hanya perlu mencetak wang baru atas angin untuk membeli
bon - bon tersebut. Maka dari jalur inilah wang baru dicetak ( Government
Printed Money ).
Contoh
bon :
|