Untuk
kali ini, saya ingin berikan pendedahan yang amat penting kepada anda,
sebenarnya ramai yang tidak sedar mengapa perlu kita sandarkan setiap
perbelanjaan kita dengan emas.
Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada
nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab
simpanan emas.
Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan
emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money".
Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya,
tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.
Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka
sandarkanlah ia dengan emas.
Caranya?
Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil
cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk
menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.
Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan
bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran
kepada wang tunai anda.
Contoh :
Seorang rakan saya mempunyai tunai sebanyak RM100k dan beliau ingin
membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga RM
70k.
Saya memberi pandangan kepada beliau, jika beliau membuat pinjaman tidak
sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti
disebabkan kos2 sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan
yang kurang bijak, sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.
Justeru, saya menyarankan beliau agar menyandarkan belian sesuatu yang
susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar beliau tidak
mengalami kerugian!!
Saya mencadangkan agar RM 100,000 tersebut dibelikan emas, pajakkan dan
dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.
Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun
kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika
itu telah menjadi RM 175,000.00.
Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah :
RM
175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM
105,000.00
RM
105,000.00 - RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm
tgn)
Nah,
dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 83,400.00.
RM
100,000.00 (Modal asal ) - RM 83,400.00 (Untung dlm tgn) = RM 16,600.00
Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta yang berharga RM 70,000.00
dengan hanya membayar RM 16,600.00!!
Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah kira2 RM 600.00 sebulan, sedangkan
jika beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli kereta,
sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!
Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan
kewangan melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan setiap sen wang
anda.
Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!
Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda
beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil
pajakan Ar-Rahnu!!
Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang
penting anda tahu cara pengurusannya.
Ini hanyalah secebis ilmu berharga yang saya kongsikan, masih banyak lagi yang
tersimpan dalam kepala saya, dan saya bersedia untuk berkongsi dengan anda pada
bila-bila masa!!
Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tak ternilai harganya ini, cukuplah jika
anda memahami konsep ini dan bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi
kerugian dengan cara menghubungi saya di 017-2514950 dan beli emas
sebanyak mungkin!! : )
Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang
Di Agro Bank, anda boleh sambung pajakan 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan, kemudian
jika anda masih mahu meneruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation semula
dengan Nilai Marhun yang baru sehinggalah 18 bulan seterusnya, dan buat lagi
valuation dan seterusnya.
Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda akan mendapat lebihan tunai
lagi!!
Jika selepas 18 bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu
sendiri akan kerugian!
|