Faktur
Utama Yang Mempengaruhi Harga Emas
Kenapa harga dinar emas masih meningkat ?
Ada dua faktur utama yang mempengaruhi harga emas :
1. Permintaan dan
penawaran (Demand and supply).
Biasanya musim perayaan mempengaruhi permintaan yang tinggi menyebabkan
harga emas naik secara mendadak. Permintaan yang rendah diluar musim
perayaan menyebabkan harga turun.
2. Kejatuhan dan kenaikan dollar.( dollar index )
Akhir - akhir ini faktur ini lebih banyak menentukan harga emas. Mata
wang fiat terutamanya US dollar mengalami kemorosotan nilai yang sangat
ketara. Oleh kerana emas bergerak bertentangan dengan dollar. Kejatuhan
dollar akan menyumbang kepada kenaikan harga emas.
Menuju hiperinflasi - Inflasi melampau
Kesan dari krisis kredit dan buih perumahan beberapa tahun lepas keatas
sistem kewangan mendedahkan betapa sistem kewangan sekarang seperti pasir
jerlus. Bagi tujuan mengampungkan sistem kewangan yang sedang tenggelam,
kerajaan AS telah mencetak atau menyatakan kesanggupan untuk menyediakan
US dollar $13 trilion dan kerajaan - kerajaan lain telah menyatakan
kesediaan dengan amaun-amaun besar sebagai pakej penyelamat. Tetapi
meskipun jumlah yang besar ini dalam mudah tunai ditambahkan kepada sistem
itu, ia tidak membawa kepada inflasi tetapi deflasi. Penguncupan aset
kewangan berjumlah kira-kira $90 trilion berlaku di seluruh dunia ketika
krisis berada di puncak.
Jadi mengapa deflasi tidak berlanjutan ? Gabungan pengangguran yang
bertambah, bertambahnya defisit kerajaan dan satu sistem kewangan yang
masih penuh dengan hutang toksik adalah satu campuran yang maut,
secukupnya untuk pelan cetakan wang akan berterusan untuk tempoh yang
lama.
Akibat bagi cetakan wang terutama di Amerika Syarikat dan UK akan membawa
kepada kejatuhan dramatik nilai Dollar dan Pound, kerana tiada siapa
pun bersedia untuk menyimpan satu mata wang sebuah negara yang hanya
mencetak wang kertas yang tidak bernilai bagi tujuan membiayai belanjawan
defisitnya. Mata wang itu sedang menuju keruntuhan dengan
petunjuk-petunjuk bahawa inflasi melampau akan berlaku. Jadi mungkin
laluan pertama, satu kemelesetan yang bersifat deflasi, yang kita hadapi
kini, berikutnya cetakan wang tidak terhad akan membawa kepada kejatuhan
nilai mata wang dan ini menyebabkan kemelesatan dengan inflasi
yang melampau. Inilah
yang mungkin akan berlaku dalam beberapa tahun akan datang.
Bila situasi mata wang kertas mengalami keruntuhan nilai, kelebihan utama
ialah kepada satu-satunya wang sebenar yang tidak boleh dicetak dan yang
tidak mempunyai hutang keatasnya, yakni emas.
Lihat apa yang
berlaku disekeliling kita. US dollar mula ditinggalkan dalam perdagagan
antarabangsa. Umat Islam harus beralih ke dinar emas untuk mempertahankan
aset mereka.
Rusia bersedia untuk meninggalkan dollar dalam urusan minyak dan
perdagangan gas dengan China
BEIJING, Oktober 14 (RIA Novosti) - Rusia bersedia untuk menimbang
menggunakan mata wang Russia dan mata wang Cina daripada dollar dalam
urusan perdagagan minyak dua hala dan urusan-urusan gas, Perdana Menteri
Vladimir Putin berkata pada hari Rabu lalu, kini sedang dalam satu lawatan
ke Beijing, berkata satu keputusan akhir pada isu itu hanya boleh dibuat
setelah satu analisis pakar dapat diselesaikan terlebih dahulu.
“Semalam, syarikat-syarikat tenaga, khususnya Gazprom, mengusulkan
penggunaan mata wang nasional. Kami bersedia untuk mengkaji kemungkinan
jualan sumber tenaga dalam rubel, tetapi rakan-rakan Cina kita memerlukan
rubel untuk itu. Kami
bersedia menjual untuk yuans,” Putin berkata.
Dia menegaskan “sepatutnya ada satu keseimbangan di sini.”
Pada Selasa lepas, Rusia dengan syarat-syarat yang dipersetujui China,
akan membekalkan gas Rusia sehingga 70 bilion meter padu setahun. China
juga mengimport minyak dari Rusia.
Perdana menteri Rusia berkata isu itu akan dikemukakan antara lain pada
satu mesyuarat menteri-menteri kewangan Shanghai Cooperation Organization
(SCO), yang akan bermesyuarat sebelum akhir tahun ini di Kazakhstan.
Akhbar Independent dari Britain melaporkan bahawa Selasa lepas
pegawai-pegawai Rusia itu telah menjalankan “mesyuarat-mesyuarat
rahsia” dengan negara-negara Arab, China dan Perancis tentang
meninggalkan penggunaan dolar AS dalam perdagangan minyak
antarabangsa.
Negara-negara itu dilaporkan sedang menimbang untuk menukar daripada
dollar kepada penggunaan mata wang-mata wang ( basket of currencies )
termasuk euro, yen Jepun, Yuan Cina, emas, dan satu mata wang seragam baru
bagi negara-negara yang pengeluar minyak Arab utama.
Akhbar
Independent juga menyatakan bahawa mesyuarat-mesyuarat itu telah disahkan
oleh sumber-sumber perbankan Cina dan Arab.
Ulasan :
Sistem riba semasa perlu difahami terutamanya yang berkaitan dengan konsep
faedah, sistem mata wang dan sistem perbankan sekarang. Alternatif dalam
Islam pula mestilah diterokai tetapi
ia mestilah dapat menjamin kuantiti dan kualiti mata wang. Kaedahnya
hendaklah benar-benar bebas dari institusi riba sekarang. Kita tidak mahu
terperangkap dalam situasi menerima kuda trojan sistem riba di atas nama
Islam.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang
beriman. Maka jika kamu tidak melakukannya, maka
ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi
kamu…
Surah al-Baqarah, 278/279
Allah dan Rasul-Nya s.a.w. telah mengiystiharkan perang terhadap pengamal
riba. Semestinya di mana riba (dan sistemnya) berleluasa di situlah medan
jihad kita. Jika kita tidak memahami sistem riba semasa,maka kita tidak
akan mengerti tipu helah dalam amalan riba. Kita akan terhenti setakat
makna riba yang hanya dikaitkan dengan kadar bunga atau faedah bank
sahaja. Kita tidak akan sedar jika riba terselindung dalam sistem berlabel
baru dan dikatakan pula bermoral. Ertinya kita tidak akan mengenali
‘kuda trojan’ sistem riba. Kita juga tidak akan faham bahawa sistem
mata wang antarabangsa telah menjadi asas sistem riba semasa.
Kita mesti cuba memahami tipu helah sistem kewangan moden termasuk sistem
mata wang mereka. Kita perlu mengetahui erti mata wang Islam agar mata
wang kita terbebas dan tidak lagi
tertambat kepada paksi mata wang dunia iaitu dolarAmerika. Sudah tentu
kita mahukan mata wang yang ‘merdeka’ dari rejim riba.
|