Kenapa Simpan Emas Lebih Baik Dari Simpan Duit Kertas ???
Simpan Duit, bila-bila masa sahaja duit akan Habis. Simpan Emas, tentu lebih susah untuk anda tukarkan emas tersebut dalam bentuk duit kertas. Ini secara tidak langsung, membuatkan kita lebih susah untuk menghabiskan duit.
Emas juga tidak akan susut nilai berbanding menyimpan duit dalam bentuk kertas. Cuba anda bayangkan nilai RM1, 10 tahun sebelum ini dengan sekarang ? Cuba anda bayangkan nilai emas 1gram , 10 tahun sebelum ini dengan sekarang ?
Emas juga tidak akan musnah walau dalam keadaan apa sekali pun dan tetap bernilai . Duit kertas ? Akan hancur dan akan susut nilainya. Mengapa kita masih tidak mahu menyimpan emas ? Adakah kerana kita tidak mempunyai wang untuk membeli emas atau kerana harganya mahal. Jika anda tidak mempunyai wang, emas lah sebagai alternatif terbaik menambah wang anda. Sebagai contoh anda membeli emas dengan harga RM500 bulan ini , 2-3 bulan kemudian nilai emas yang anda beli RM500 akan menjadi lebih dari RM500.
Harganya Mahal ? Baguslah kalau anda sedar akan harga emas yang mahal… Sebenarnya “harga emas mahal hanya perasaan kita sahaja”. Sebagai contoh, anda membeli seutas rantai berharga RM1000.00, tentu anda akan rasa mahal kerana anda hanya memperolehi seutas rantai emas yang kecil . Sebenarnya mata kita dikaburi dengan nilai wang kertas berbanding emas.
So berdasarkan hujah saya yang tidak seberapa ini mengapa anda masih tidak mahu membeli emas ? So marilah sama-sama membeli emas untuk masa depan anda.Tapi , janganlah sampai anda tidak mempunyai satu sen pun dalam akaun bank….duit dalam akaun bank mesti ada untuk kehidupan seharian.
Contoh Kira-Kira Mudah :
Dividen ASB tahun 2010 = 7.3%. Tolak purata inflasi untuk Malaysia 4% = berbaki 3.3%. Tolak Zakat sebanyak 2.5%.(Bagi yang Muslim) Secara kasar keuntungan jika menyimpan di ASB = Dividen ASB 7.3% – inflasi 4% – zakat 2.5% = 0.8% pa Jika Anda Menyimpan Emas sebagai pelaburan dari Okt 2009 hingga Okt 2010 =
Saya tidak Menjual Emas, Kalau Anda nak Beli, Saya tolong belikan Ikut harga Pasaran. Duit anda punya, Idea saya Bagi.
|