SEJARAH
PENUBUHAN BANK MODEN
SEJARAH
SISTEM PINJAMAN WANG BANK MODEN
Pada tahap sebelum adanya sistem bank moden, peniaga-peniaga emas (gold
merchants) yang mempunyai stor yang kukuh untuk menyimpan barang-barang
emas dan yang berharga memberi kemudahan kepada orang lain yang mempunyai
emas, perak atau benda yang berharga untuk di simpan dalam stor tersebut
supaya selamat daripada di curi. Peniaga emas telah mendapati bahawa 90%
daripada harta yang tersimpan (deposit) dalam bank tidak bergerak. Setiap
hari pada kebiasaannya hanya 10% daripada harta yang tersimpan dituntut
oleh pelanggan.
Maka peniaga emas itu telah menggunakan 90% emas yang tersimpan yang tidak
bergerak itu untuk dipinjamkan kepada peniaga atau pemodal yang lain serta
mengenakan faedah atau riba atasnya. Jumlah riba (faedah) yang dikenakan
ditetapkan oleh peniaga emas itu katakanlah 10%. Peminjam perlu meletakkan
‘security’nya dalam bentuk ‘title’ tanah, rumah atau sebagainya
untuk disimpan oleh peniaga emas. Jika sekiranya peminjam tidak mampu
membayar balik wang yang dipinjamkan kepadanya, peniaga emas boleh
merampas tanah, atau rumah yang telah menjadi sebagai ‘security’ bagi
pinjaman yang diambil. Katakanlah peminjam wang membeli sebuah kedai
daripada seorang kontraktor dengan wang pinjamannya. Kontraktor tadi
menyimpan wang emas itu di tempat yang sama, (jika terdapat satu tempat
simpanan sahaja). Wang emas tadi boleh dipinjam semula tanpa sebarang
risiko kerana peminjam emas memegang ‘security’ apabila mengeluarkan
sesuatu pinjaman. Pada tahap ini wang yang dipinjam adalah dalam bentuk
emas ataupun dalam bentuk resit yang bersandarkan emas yang ada.
Sungguhpun demikian peniaga emas boleh memperolehi untung daripada bayaran
bagi menyimpan emas dan daripada bayaran faedah (riba) emas yang
dipinjamkan tanpa sebarang risiko. Pada tahap seterusnya iaitu tahap
kedua, peminjam emas menggunakan dasar bahawa 90% daripada emas yang
tersimpan tidak bergerak atau dituntut setiap hari. Ini bermakna peniaga
emas boleh meminjamkan 9 kali ganda emas yang ada tersimpan. Umpamanya
jika emas yang tersimpan bernilai 10 dolar peniaga emas boleh meminjamkan
90 dolar. Tetapi diperingkat ini wang yang dipinjam adalah dalam bentuk
resit, cek, atau surat jaminan tanpa sandaran emas. Ia boleh dilakukan
kerana peminjam (pelanggan) sebagai seorang individu percaya bahawa wang
dalam bentuk resit, cek atau surat jaminan di tangannya mempunyai sandaran
emasnya. Pelanggan tidak menuntut emas yang tersimpan KERANA susah hendak
membawanya dan tidak selamat daripada perompakan. Juga mereka sebagai
INDIVIDU percaya bahawa cek atau resit di tangan mereka boleh ditukar
kepada emas bila-bila masa sahaja.
Pada hakikatnya jika semua pelanggan menuntut emasnya, peniaga emas akan
menjadi muflis kerana dia hanya ada 10% sandaran emas daripada jumlah
‘wang’ yang dikeluarkan. Sebaliknya ‘wang’ yang dipinjamkan ada
sekuritinya dalam bentuk harta yang bernilai. Bermakna dalam perniagaan
kebanyakan wang iaitu lebih kurang 90% jumlah wang yang digunakan dalam
perniagaan ialah wang kertas yang dicetak oleh ‘peniaga emas’. Pada
masa ini tempat ‘peniaga emas’ itu telah diganti oleh sistem bank
ribawi. Bermakna hanya lebih kurang 10% wang sahaja yang beredar di
kalangan masyarakat adalah wang yang dicetak oleh pihak kerajaan . Pada
zahirnya hanya kerajaan mempunyai kuasa untuk mencetak wang, walhal pada
hakikatnya pihak bank juga menggunakan wang persendirian (cek atau
elektonik).
SEJARAH MANIPULASI SISTEM KEWANGAN AMERIKA SYARIKAT
Kerajaan Amerika bermula dengan mewujudkan sistem kewangan yang
menggunakan emas dan perak dan juga wang kertas. Wang kertas boleh
ditukarkan kepada emas atau perak. Nilai nisbah antara emas dan perak
ialah 16 perak bagi 1 emas. Tempat mencetak syiling kerajaan adalah
terbuka kepada orang ramai. Orang ramai boleh mencetak wang daripada emas
dan perak yang dimiliki atau dihasilkan oleh mereka tanpa sebarang bayaran
kepada kerajaan. Dengan adanya sistem menggunakan dua jenis logam itu
iaitu perak dan emas, pasaran akan mengimbangkan secara automatik nilai
antara kedua logam tersebut. Jika emas menjadi sukar diperolehi, rakyat
akan menggunakan perak. Dengan cara ini nilai logam yang mahal akan turun
dan nilai logam yang murah akan naik. Dengan demikian harga turun naik
antara kedua logam tersebut tidak melebihi daripada 3%.
Tetapi pada tahun 1873 bulan Februari satu akta bernama ‘A Bill to
Reform The Coinage and Mint Laws’ (Akta Untuk Memperbaiki Undang-undang
Mencetak Syiling) telah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat yang
mengharamkan penggunaan perak sebagai wang. Terdapat di sini dua pendapat
yang menarik sekali : pertama, semasa Akta tersebut diluluskan oleh
Kongres, ahli Kongres telah tahu bahawa Akta berkenaan adalah untuk
membatalkan penggunaan perak sebagai wang. Pendapat yang kedua ialah :
Akta tersebut telah diluluskan oleh Kongres tanpa mereka memahami bahawa
ianya adalah satu akta untuk membatalkan penggunaan perak sebagai wang dan
hanya emas sahaja boleh digunakan sebagai wang. Menurut Alexandra Del Mar,
bekas pengarah Biro Statistik Amerika Syarikat dan ahli Pesuruh Jaya
perlombongan kepada Pesuruh Jaya Wang Amerika Syarikat (1876) dalam
bukunya ‘A History of Monetary Crime’ (Sejarah Jenayah Wang) berkata :
Akta tersebut pada zahirnya tidak membayangkan sedikit pun cadangan untuk
membatalkan kegunaan perak sebagai wang.
Bukti yang paling ketara ialah : Presiden Grant yang menandatangani
‘Akta’ tersebut sendiri tidak mengetahui bahawa akta berkenaan
bermaksud demikian sehingga 3 Oktober 1873 menurut suratnya kepada Mr.
Cowdrey. Oleh itu penulis Del Mar yang mengkaji secara terperinci dalam
perkara ini berpendapat bahawa Akta tersebut adalah suatu tipu helah dan
jenayah. Menurutnya, kebanyakan ahli Kongres menganggap bahawa Akta
tersebut hanyalah untuk membukukan (codify) undang-undang yang sedia ada
dan bukan untuk membatalkan penggunaan perak. Menurut Wicklifle Vennard
dalam bukunya ‘The Federal Reserve Hoax’ (1963) sesiapa sahaja yang
melihat kertas-kertas prosiding Kongres bertajuk, ‘Congressional
Globe’, sesi ketiga Kongres 42, halaman 668-674, Januari, Februari 1873
akan mendapati bahawa; tidak ada sebarang perbahasan atau perkataan di
dalam Dewan berkaitan dengan pembatalan wang perak. Ia adalah satu
rancangan sulit menggunakan perkhidmatan orang dalam.
Apabila akta tersebut menjadi undang-undang tiga tahun kemudiannya, usaha
untuk menolak Akta tersebut telah dibuat serta merta. Usaha ini tidak
berjaya kerana Persatuan Bank Amerika dan semua pemodal wang yang besar di
Amerika Syarikat serta agen-agen pemodal antarabangsa daripada London
(Ernest Seyd) telah memberi sokongan kuat kepada Akta tersebut melalui
tulisan dan ceramah-ceramah mereka. Mereka menyokong supaya satu piawai
emas sahaja diadakan (The Single Gold Standard). Akibat Akta tersebut
adalah ia menaikkan harga bond (surat jaminan) wang dalam bentuk
‘Note’ dan cagaran-cagaran yang dipegang oleh pemodal elit
antarabangsa dan menurunkan harga barang-barang dan harta rakyat. Akta
tersebut menguntungkan pemodal antarabangsa kerana menurut Del Mar
‘Dolar perak telah dibatalkan sebagai matawang hanya dengan bertujuan
untuk menaikkan nilai dolar emas dan menaikkan hutang rakyat Amerika
Syarikat dua kali ganda. Itulah motif mereka tidak ada motif yang lain.
Cara bagaimana tipu helah ini dilakukan secara terperinci boleh didapati
dalam penulisan A.Del Mar dalam bukunya : ‘A History of Monetory
Crimes’. Dalam pilihan raya seterusnya pada tahun 1896, kedua-dua parti
politik ‘Demokratik’ dan ‘Republik’ telah dipengaruhi oleh
Persatuan Bank Amerika. Persatuan Bank Amerika serta pemodal-pemodal bank
telah memberi sokongan wang kepada bakal presiden Amerika Syarikat yang
mengikut kehendak mereka. Kini dipercayai bahawa sebarang calon yang ingin
memegang jawatan kebangsaan tetapi menentang sistem bank ribawi dan cuba
menyebarkan maklumat mengenainya akan menemui kegagalan dalam
perlantikkan. Ini adalah kerana lawan mereka mempunyai wang yang banyak.
FEDERAL RESERVE BANK’ AMERIKA SYARIKAT (FED)
Beberapa percubaan telah dibuat oleh pemodal elit antarabangsa untuk
menguasai sistem kewangan Amerika Syarikat. Pada tahun 1790
pemodal-pemodal elit antarabangsa dari Eropah telah berjaya membuat satu
‘charter’ (piagam) supaya penubuhan bank Amerika Syarikat diluluskan
oleh Kongres. Piagam ini adalah bertentangan dengan perlembagaan kerana ia
memberi hak istimewa kepada satu badan korporat untuk mencetak wang
Amerika Syarikat. Kongres meluluskannya oleh kerana beberapa ahli politik
telah dipengaruhi oleh kuasa wang.
Pada tahun 1832 Presiden Andrew Jackson, telah mengambil tindakan untuk
tidak memperbaharui tempoh ‘piagam’ tersebut yang tamat tempohnya pada
tahun 1836. Pada tahun 1861 Presiden Abraham Lincoln telah mengambil
tindakan untuk mengeluarkan wang yang dikenali sebagai ‘Lincoln
Greenbacks’ (tanpa faedah) untuk membayar kos peperangan saudara antara
Pihak Utara (Amerika Syarikat) dan Pihak Selatan (negeri itu) yang
tercetus pada masa itu. Tindakan ini dibuat sebagai alternatif daripada
peminjam wang daripada pemodal antarabangsa yang mengenakan faedah yang
tinggi.
Menurut William Guy Carr, (1958) dalam bukunya ‘Pawns In The Game’
(hlmn 53 dan 54). Pihak pemodal elit antarabangsa telah menghulurkan
pinjaman yang tidak terhad kepada semua angkatan tentera yang berjuang di
sebelah pihak selatan menentang utara. Apabila kerajaan negeri-negeri
utara mendapati dirinya dalam krisis, pihak pemodal antarabangsa mengambil
kesempatan untuk menawarkan bantuan kepada kerajaan negeri-negeri utara
dengan syarat pinjaman-pinjaman yang akan diberi itu adalah dengan kadar
faedah sebanyak 28%. Suatu aspek penting dalam peperangan saudara Amerika
itu ialah hakikat bahawa peperangan itu dijangkakan tentu berakhir
beberapa bulan sahaja, kalaulah tidak kerana pinjaman-pinjaman ini berupa
muamalah ‘riba’ yang dikutuk. Faedah yang dikenakan itu telah dianggar
akan dapat memberi kuasa kepada bank-bank internasional ke atas ekonomi
sebuah negara. Bila mereka fikirkan masanya telah tiba, mereka pun
memberhentikan perang.
Lincoln telah mencuba untuk memecahkan belenggu hutang yang membelenggu
negeri-negeri utaranya. Kepadanya fasal satu, bab lapan, perenggan lima,
perlembagaan cukup memberikan kuasa. Beliau tidak menghiraukan
tuntutan-tuntutan pihak bank. Beliau telah mengambil langkah mengecap wang
sebanyak $450,000,000. Dia meletakkan kredit negara sebagai cagarannya.
Pihak Bank Internasional telah membalas dengan berusaha supaya satu rang
undang-undang diluluskan oleh kongres memerintah supaya wang dikeluarkan
oleh Lincoln yang dipanggil ‘Greenbacks’ itu tidak diterima sebagai
wang untuk membayar faedah di atas bond-bond kerajaan atau untuk membayar
cukai-cukai import. Dengan itu wang Lincoln telah menjadi hampir-hampir
tidak bernilai langsung, kecuali jika ia bersetuju dikenakan potongan
(diskaun) yang parah. Setelah berjaya menurunkan wang yang bergelar
‘Greenbacks’ hingga menjadi satu dolar menyamai harga 30 sen sahaja,
waktu itulah pihak bank mengaut dan membeli kesemua wang itu masuk ke
dalam keroncongnya. Kemudian mereka berpaling pula kepada bon-bon kerajaan
yang ada pada mereka dengan menuntut harga satu dolar menyamai satu dolar.
Dengan cara begini mereka dapat mengatasi suatu ancaman yang serius dan
membuat keuntungan 70 sen atas satu dolar.
Sebuah makalah yang diilhamkan oleh pihak Bank Internasional telah disiar
dalam ‘London Times’. Makalah itu ialah mengenai wang ‘Greenbacks’
yang dikeluarkan oleh Abraham Lincoln, katanya : ‘sekiranya polisi
kewangan yang berupa nakal ini, yang berpunca dari negeri-negeri Utara
Amerika, dibiarkan menjadi mata wang yang kekal, kelak kerajaan itu akan
mengecap wangnya sendiri tanpa mengadakan cagaran. Dia dapat melangsaikan
segala hutangnya tanpa meninggalkan sebarang baki. Dia akan memilik
seberapa banyak wang yang mereka perlukan untuk menjalankan perdagangan.
Dia akan menikmati kemakmuran yang tidak ada tandingan dalam sejarah
dunia. Otak-otak yang bergeliga dan kekayaan seluruh negara akan berpindah
ke Utara Amerika. Negara itu mestilah dihancurkan. Kalau tidak dia akan
meleburkan semua sistem beraja atas muka bumi ini.
Suatu siaran yang dipanggil ‘The Hazard Circular’ telah dihantar
kepada semua kepentingan-kepentingan di seberang laut. Siaran itu berbunyi
: ‘perhambaan’ (Slavery) mungkin akan dihapuskan oleh kuasa perang.
Ini adalah suatu perkara yang saya dan rakan-rakan saya di Eropah
bersetuju, kerana perhambaan itu tidak lain melainkan memiliki tenaga
buruh, dan membawa bersamanya pemeliharaan muslihat buruh, sedangkan
menurut rancangan Eropah, yang dianjurkan oleh England, kapital atau
modallah yang akan menguasai buruh dengan jalan mengawal gaji atau upah.
‘hutang raksasa yang dipastikan oleh kaum Kapitalis supaya berhasil dari
peperangan mestilah digunakan untuk mengawal nilai wang. Untuk mencapai
tujuan ini, bon-bon kerajaan mestilah digunakan sebagai asas bagi bank.
Kita sekarang menunggu Perbendaharaan Kerajaan Amerika Syarikat untuk
mengemukakan perakuan. Tdak boleh dibiarkan ‘Greenbacks’, menurut
gelarannya, beredar sebagai mata wang lebih lama lagi kerana kita tidak
dapat mengawalnya. Sebaliknya kita dapat mengawal bon-bon dan menerusinya
kita mengawal pengeluaran mata wang oleh bank’.
Pihak Bank Internasional telah membiayai kempen-kempen pilihan raya yang
dijalankan oleh ramai senator dan baka-bakal anggota kongres, untuk
memberi mereka kepastian bahawa rang undang-undang Negara mengenai
urusan-urusan bank (The Nasional Banking Act) akan diluluskan menjadi
undang-undang. Ini sebenarnya terlaksana dalam tahun 1863 meskipun
Presiden Lincoln telah membuat bantahan keras. Dengan demikian pihak Bank
Internasional telah memenangi satu pusingan lagi. Rakyat seluruh dunia
telah ditolak selangkah lagi ke arah belenggu ekonomi, politik dan agama
yang akan mengikat mereka. (Bidak-bidak Catur Iblis. Hlmn, 131 dan 132).
Pemodal antarabangsa telah Berjaya mempengaruhi kongres untuk meluluskan
‘Akta Bank Kebangsaan’ pada tahun 1863 yang memberi kuasa kepada satu
korporat persendirian untuk mencetak dan mengeluarkan wang Amerika
Syarikat. Akta tersebut diluluskan sungguhpun Presiden Abraham Lincoln
membantahnya dengan kuat seraya berkata : “Saya melihat pada masa yang
akan datang satu krisis yang menakutkan saya, menyebabkan saya merasa
gentar lagi masa hadapan negara ini kerana korporat-korporat diberi kuasa.
Satu era yang korup akan terjadi. Kuasa wang dalam negeri akan menggunakan
prejudis-prejudis rakyat bagi meneruskan kuasa mereka sehingga harta
kekayaan akan dikumpulkan oleh segelintir bilangan individu sahaja.
Republik Amerika akan musnah.”
Pada Disember 23, 1913 Akta ‘Federal Reserve’ pula telah diluluskan
oleh Kongres. Pada masa itu kebanyakan ahli kongres telah pulang ke
wilayah masing-masing untuk merayakan cuti Krismas. Woodrow Wilson,
presiden pada masa itu telah digunakan sebagai boneka oleh pemodal-pemodal
elit antarabangsa. Pada zahirnya akta tersebut seolah-olah bertujuan
menjaga kepentingan rakyat Amerika daripada manipulasi pemilik-pemilik
bank Persekutuan Amerika Syarikat (FED) yang tidak dikenali. Walhal pada
hakikatnya akta tersebut memberi kuasa yang lebih kepada pemilik bank
‘Federal Reserve’ untuk mencetak wang tanpa modal atau simpanan.
Menurut Louis T.Mc Fadden, pengerusi Jawatankuasa ‘Bank dan Wang’ bagi
Kongres Amerika Syarikat (1933): ‘Pada hakikatnya institusi FED
menguasai semua yang di dalam kongres. Ia menguasai hal ehwal perhubungan
luar negeri. Dia boleh menaikkan dan menurunkan kerajaan mengikut sesuka
hatinya.’
Menurut Archibald Robert (1988), institusi bank antarabangsa menguruskan
institusi kewangan Amerika Syarikat untuk kepentingan ahli-ahlinya di
dalam dan di luar negeri. Dengan demikian institusi FED mempergunakan
kesemua peringkat yang produktif di dalam masyarakat Amerika Syarikat bagi
kepentingan segelintir bilangan individu elit yang tidak menghasilkan
apa-apa. Ahli Kongres Patman (1952) telah mendedahkan bagaimana institusi
FED telah mendapat keuntungan melalui dengan cara yang tidak dibenarkan
oleh undang-undang negara. Caranya ialah, ‘Institusi FED mendapatkan
wang yang dicetak oleh Institusi Pencetak (Bureau of Engraving and
Printing) dalam bentuk wang ‘Federal Reserve Notes’ secara percuma.
FED menukar ‘wang’ ini tanpa faedah dengan bon-bon (surat-surat
perjanjian) kerajaan Amerika Syarikat yang dikenakan faedah. Bon-bon
tersebut disimpan oleh FED. Faeadah yang dikenakan atas Kerajaan Amerika
Syarikat bagi bon tersebut dimasukkan ke dalam akaun 12 bank FED.
Institusi FED tidak pernah diaudit oleh Jabatan Audit Am selama ia wujud
40 tahun (1952)’. Institut FED bukan sahaja menguasai 12 Bank Simpanan
Persekutuan tetapi menguasai juga semua institusi peminjam wang Amerika
Syarikat. Terdapat bilangan pemilik saham yang memiliki FED berjumlah 300.
Menurut Colonel Ely Garrison penasihat kewangan kepada Presiden Theodore
Rooselvelt dan Presiden Woodrow Wilson, (semasa Akta Federal Reserve telah
diluluskan) dalam bukunya bertajuk : Roosevelt, Wilson and the Federal
Reserve Act: “Mr.Paul Warburg adalah pemodal bank yang bertanggungjawab
untuk menyusun akta ‘Federal Reserve’. Perancang sebenar (mastermind)
akta FED adalah Alfred Rothschild di London.’ Menurut Archibald Roberts
pemilik-pemilik saham yang terbesar (Class A Stockholder) bagi FED adalah
Rothschild Banks Of London dan Berlin Lazard Brothers Bank of Paris;
Israel Moses Seif Banks of Italy; Warburg Bank of Hamburg and Amsterdam;
Lehman Brothers Bank of New York; Kuhn, Loeb Bank of New York; Chase
Manhattan Bank of New York dan Goldman Sachs Bank of New York. Ramai
penulis yang lain mengesahkan bahawa institusi FED bukannya Institusi
Kerajaan tetapi ia adalah satu institusi persendirian (korporat) yang
terbebas daripada pengawalan audit kerajaan dan peraturan-peraturan yang
diperlukan bagi sesuatu institusi kerajaan. Sebaliknya menurut
perlembagaan Amerika Syarikat ,hanya “Kongres sahaja mempunyai kuasa
untuk mencetak wang syiling dan menetapkan nilainya”. Menurut Des
Griffin kuasa untuk mencetak wang (syiling) perlu dikembalikan semula
kepada kongres bukan kepada institusi FED. Mereka menggunakan istilah
‘Federal’ untuk menipu rakyat. Melalui akta ‘Federal Reserve’
Amerika Syarikat dibahagikan kepada 12 daerah ’Federal Reserve’.
BAGAIMANA RAKYAT AMERIKA TERHUTANG KEPADA INSTITUSI FED
Bagaimana kerajaan Amerika Syarikat boleh jadi terhutang kepada institusi
FED dengan jumlah wang yang sangat besar? Menurut US News dan World
Report, pada 28hb Jun 1982 Amerika Syarikat telah terhutang sebanyak Satu
TRILION dan faedah yang perlu dibayar atasnya setiap tahun ialah 115
bilion. 18 pada tahun 1990, jumlah hutang tersebut telah meningkat 5
trilion! Menurut Des Griffin caranya ialah institusi FED mencetak wang
yang diperlukan untuk dipinjamkan kepada kerajaan dan kerajaan membayar
faedah atasnya. Umpamanya kerajaan memerlukan satu billion dolar. Kerajaan
mengarah FED untuk mencetak wang bernilai satu billion dolar. Sambil itu
kongres mengarahkan Jabatan Kewangan untuk mencetak bon-bon (surat-surat
perjanjian) Kerajaan Amerika bernilai satu billion untuk diserahkan kepada
FED.
Kos untuk mencetak satu billion dolar tersebut yang dibayar oleh FED ialah
lebih kurang sebanyak 500 dolar sahaja. FED seterusnya menukarkan satu
billion wang ‘Federal Reserve Notes’ yang dicetaknya itu dengan
bon-bon kerajaan. Syarat dalam pertukaran ini ialah kerajaan perlu
membayar balik kepada institusi FED wang bernilai satu billion dolar
(harga bon) campur dengan faedah di atasnya. Katakanlah faedah atas satu
billion dolar bon-bon itu ialah 1% bersamaan 10 juta dolar setiap tahun.
Kerajaan perlu meminta FED mencetak 10 juta dolar untuk membayar FED.
Tetapi kerajaan akan memerlukan wang tambahan bagi tahun yang berikutnya
umpamanya $1 bilion dolar bagi tahun yang berikutan. Bermakna
sekurang-kurangnya kerajaan akan memerlukan FED mencetak $1 bilion wang
tambahan dan tambah 10 juta dolar lagi untuk membayar faedah atas pinjaman
tahun yang lepas. Dengan cara demikian kerajaan Amerika tidak akan
terlepas daripada hutangnya kepada institusi FED. Malah hutang kerajaan
akan bertambah lagi banyak.
Sebaliknya bagi institusi FED, ia telah memperolehi 1 bilion dolar dalam
bentuk BON Amerika Syarikat sebagai harta! Oleh kerana undang-undang Bank
Amerika Syarikat memerlukan hanya 10% simpanan (reserve). FED pula boleh
meminjamkan $10 bilion kepada pelanggan-pelanggannya serta mengenakan riba
atasnya. Melalui cara demikian, bagi institusi FED dengan perbelanjaan
modal asal sebanyak $500 dolar sahaja bagi kos mencetak wang, FED boleh
mengaut keuntungan dari riba daripada pinjaman 10 bilion ke |