08.12.2015
- Hari Selasa - Hari Kelima
12.30 pagi -
Berkumpul di Lobby hotel untuk melaksanakan MISI UTAMA kami iaitu Ibadah Umrah
yang PERTAMA.
Berjalan
kaki
beramai-ramai
menuju
Masjidil
Haram
sambil
bertalbiah.
1. Labbaik
Allahumma Labbaik -
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.
2. Labbaika la syarika laka labbaik -
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika lak
-
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan
tidak ada sekutu bagi-Mu.
Masa bergerak
dari hotel, saya ambil beberapa keping gambar dari depan hotel kearah Masjidil
Haram. Separuh perjalanan saya ambil lagi beberapa keping gambar
bangunan-bangunan berdekatan lokasi hotel untuk menjadi petunjuk arah bila balik
nanti.
Gambar yang
diambil sambil berjalan dari depan hotel => Gambar kanan Petunjuk bangunan untuk balik ke hotel.
DOA
KETIKA MASUK MASJIDIL HARAM
12.45am
- Bacaan Doa ketika
Masuk
Masjidil Haram oleh Mutawwif
sebelum
Memasuki
Masjidil
Haram
melalui
PINTU 76
-
Babul King Fahd.
Berdebar-debar
sebab
masa
ni
belum
nampak
Kaabah
lagi sepenuhnya lagi.
Ya
Allah,
Permudahkan
urusan
aku
sepanjang
berada
disini
Ya
Allah. Kemudian
kami
masukkan
kasut
kedalam
beg
kasut
yang
dibawa
dan
simpan
di
rak
kasut
yang
disediakan
dan
INGAT
no
rak kasut.
Aturan
setiap
langkah
kaki
yang
seterusnya
dengan
penuh
berhati-hati.
Di
sebalik
tiang-tiang
masjid dan sedikit terlindung struktur tawaf bertingkat, telah
menampakan
sebahagian
struktur
binaan
Kaabah
yang
tersergam
memukau.
Alhamdulillah,
Ya
Allah,
dapat lagi aku
melihat
struktur
binaan
Kaabah
yang
menjadi
Kiblatku
selama
ini. Ya
Allah,
gembiranya
aku,
sayu,
hiba,
tanpa dipaksa, air mataku menitik
tanpa disedari. Syukur Alhamdulillah.
Aku masih diterima menjadi Tetamu Mu disini.
DOA
APABILA MELIHAT KAABAH(BAITULLAH)
Apabila melihat Kaabah(Baitullah) lafaz :
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, - Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar
DOA
KETIKA MELIHAT KAABAH
Kami menuruni tangga bahagian
dalam sebelum masuk
ke
Dataran Kaabah.
Doa ketika Melihat Kaabah dibaca
beramai-ramai
apabila
nampak
Kaabah
diketuai
oleh
mutawif
sebelum memulakan tawaf.
Sebahagian
Maksudnya
;
Tidak
ada
Tuhan melainkan
Allah,
Tidak
ada
Tuhan
melainkan
Allah,
Tidak
ada
Tuhan
melainkan
Allah,
Allah
Yang
Maha
Agung,
Allah
Yang
Maha
Agung,
Allah
Yang
Maha
Agung
.
Tidak
ada
Tuhan
yang
disembah
dengan
sebenar-benarnya
melainkan
Allah
Yang
Maha Esa,
Tidak
ada
sekutu
bagiNya,
Tuhan
yang
memerintah
segala
sesuatu,
bagiNya
segala
pujian
dan
Dialah
Tuhan
yang
berkuasa
ke
atas
tiap-tiap suatu,
ku
mohon
berlindung
dengan
Tuhan
yang
empunya
rumah
ini
(Kaabah)
daripada kekufuran,
kemiskinan,
azab
kubur,
sempit
fikiran,
rahmat
Allah
dan
sejahteranya
mencucuri
ke
atas
Saidina
Muhammad
S.A.W,
keluarganya
dan sahabat-sahabatnya.
Ya
Allah
tambahkanlah
Baitullah
ini
dengan
kemuliaan,
kebesaran,
keagungan,
kebaikan,
dan
tambahkanlah
kurniaMu
kepada
sesiapa
juga
yang
memuliakannya
(Baitullah)
dan
membesarkannya
dari
kalangan
yang
mengerjakan
haji
dan
umrah
dengan
kemuliaan,
kebesaran
dan kebajikan.
DOA
SEMASA MENUJU KE HAJAR ASWAD
Doa Semasa Menuju ke Hajar Aswad
Berdoa
seterusnya
apabila
menuju
ke
Hajar
Aswad
-
sebelum tempat
permulaan Tawaf.
"Ya Allah, Kerana keimannan kepadaMu
membenarkan KitabMu,
Menunaikan JanjiMu dan menurut sunat NabiMu
ku melaksanakan amalan ini"
NIAT TAWAF UMRAH
Niat
Tawaf
Umrah
beramai
ramai
sebelum
melepasi
dari
LAMPU
HIJAU
yang
bersetentangan
dengan
Hajar Aswad.
Sebelum
tawaf
dimulakan
eloklah
berdiri
mengadap
Baitullah
di
antara
rukun
Yamani
dan
Hajarul
Aswad
di
tempat
yang
lebih
hampir
dengan
penjuru
Hajarul
aswad
dan
sunat
berniat
:
"Sahaja
aku
Tawaf
Baitullah
tujuh
keliling
tawaf
Umrah
maka
senangkanlah
bagiku
dan
terimalah
daripadaku
kerana
Allah
Ta'ala
"
"Bismillah
Allahu
Akbar
Walillahil
Hamd"
*istilam /
isyarat
dengat
mangangkat
tangan
menghadap
hajar
aswad
dan
mengucup
tangan
kanan
1.00 pagi
- Mula
Bertawaf
untuk
Pusingan
Pertama. cuaca agak sejuk
Mulakan
Berdoa
(kita
tahu
apa
yang
kita
minta)
&
Bukan
Membaca
Doa(setakat
baca
&
tak
faham
makna)
Setelah
sampai
di
rukun
Yamani
disunatkan
Isti'lam,
jika
tidak,
bolehlah
berisyarat
dengan
melambai-lambai
dan
membaca
"Bismillah
Allahu
Akbar
Walillahil
Hamd", dan
sunat
mengucup
tangan,
seterusnya
membaca
:
Bacaan untuk tawaf - sila rujuk buku panduan umrah
DOA
DI
ANTARA
DUA
RUKUN (SUDUT KAABAH)
setiap
kali.
Maksudnya :
Wahai
Tuhan
kami
berilah
kami
di
dunia
ini
kebaikan,
di
akhirat
juga
kebaikan,
peliharalah
kami
dari
azab
neraka
dan
masukkanlah
kami
ke
dalam
syurga
bersama-sama
orang-orang
yang
berbakti
(dan
taat
mengerjakan
kebajikan),
wahai
Tuhan
Yang
Maha
Kuasa
lagi
Maha
Pengampun,
wahai
Tuhan
seru
sekalian alam.
Doa
ini
sunat
dibaca
tiap-tiap
kali
pusingan
di
antara
rukun
Yamani
dan
rukun
Hajarul Aswad.
Dirukun
Hajarul Aswad
"Bismillah
Allahu
Akbar
Walillahil
Hamd"
*istilam /
isyarat
dengat
mangangkat
tangan
menghadap
hajar
aswad
dan
mengucup
tangan
kanan
Mula
Bertawaf
untuk
Kedua
dan
seterusnya.
Setelah
selesai
tawaf
7
pusingan,
kami
semua
pun
Solat
Sunat
Tawaf
di
belakang
Maqam
Ibrahim
+++ "Sujud
Syukur"
kerana
dijemput
menjadi
Tetamu
di
hadapan
KaabahMu
Ya
Allah.
Kita dijemput sebagai tetamu Allah ni bukan kerana
banyak duit tapi kerana Allah dah terima kita menjadi tetamuNya.
Kalau banyak
duit pun tapi Allah masih tak menjemput kita, tak mungkin kita akan sampai ke
sini.
DOA
SOLAT
SUNAT
TAWAF
Sebahagian
Maksudnya
:
sila rujuk buku panduan umrah
DOA DI MAQAM IBRAHIM A.S
Maksudnya
:
Ya
Allah
ya
Tuhan,
sesungguhnya
Engkau
mengetahui
segala
rahsiaku,
dan
perbuatanku
yang
terang
maka
terimalah
keuzuranku
dan
Engkau
mengetahui
hajatku
maka
kurniakanlah
permintaanku.
Engkau
mengetahui
segala
yang
ada
di
dalam
jiwaku
maka
ampunilah dosaku.
Ya
Allah
ya
Tuhan,
sesungguhnya
daku
meminta
kepadaMu
iman
yang
teguh
di
hatiku
dan
keyakinan
yang
sebenar-benarnya
sehingga
daku
mengetahui
bahawa
tidak
akan
menimpa
sesuatu
kepadaku
melainkan
apa
yang
Engkau
telah
tetapkan
dan
daku
pohon
keredhaan
dengan
apa
yang
Engkau
bahagikan
kepadaku,
Engkaulah
yang
menolongku
di
dunia
dan
di
akhirat,
maka
matikanlah
daku
di
dalam
Islam
dan
sertakanlah
diriku
bersama
orang-orang
yang salih.
Ya
Allah
ya
Tuhan,
janganlah
Engkau
tinggalkan
kami
di
tempat
yang
mulia
ini
dosa,
melainkan
Engkau
ampunkan.
Janganlah
Engkau
biarkan
kesedihan
hati
dikalangan
kami
melainkan
Engkau
menghilangkannya
dan
tidak
ada
sesuatu
hajat
yang
diminta
melainkan
Engkau
kurniakan
dan
mudahkanlah
segala
urusan
kami
dan
lapangkanlah
dada
kami.
Terangkanlah
hati
kami
dan
sudahilah
amalan-amalan
kami
dengan kebaikan,
Ya
Allah
ya
Tuhan,
matikanlah
kami
dalam
Islam,
hidupkanlah
kami
dalam
Islam
dan
sertakanlah
kami
bersama-sama
orang
yang
salih
dengan
tiada
mendapat
kehinaan
dan
bala bencana.
Sebelum
Saie
Disunatkan
minum
dulu
Air
Zam-Zam terlebih.
DOA KETIKA MINUM AIR ZAMZAM
Minum
air
Zam-Zam
sambil
berdoa
-
01.40am
-
Memulakan
perjalanan
ke
tempat Saie.
DOA
SAIE
apabila
naik
tangga Bukit
Safa
maka
sebutlah
:
Bacaan untuk Saie - sila rujuk buku panduan umrah
02.30am
-
Selesai
melakukan
Saie
& Bertahlul.
DOA SETELAH SELESAI SA’IE
Maksudnya
;
Ya
Tuhan,
kami
memohon
diterima
doa
kami,
afiatkanlah
dan
ampunilah
kami.
Berilah
pertolongan
kepada
kami
untuk
taat
dan
bersyukur
kepadaMu.
Janganlah
membiarkan
kami
bergantung
.kepada
yang
lain
selain
dariMu.
Matikanlah
kami
didalam
iman
dan
Islam
yang
sempurna,
sedang
Engkau
redha
kepada kami.
Ya
Allah
ya
Tuhan,
peliharalah
diriku
dengan
meninggalkan
segala
kejahatan
selama
hidupku
dan
peliharalah
daku
supaya
tidak
membuat
perkara
yang
tidak
memberi
guna
dan
kurniakanlah
kepadaku
elok
pandangan
pada
perkara-perkara
yang
membawa
keredhaanMu
wahai
Tuhan
yang
bersifat
amat
belas kasihan.
DOA BERCUKUR (Sambil memegang rambut di kepala) :
Maksudnya
:
Ya
Allah
Ya
Tuhan,
inilah
ubun-ubunku
maka
jadikanlah
tiap-tiap
sehelai
rambut
itu
cahaya
bagiku
dihari
kiamat
dan
ampunkanlah
dosaku,
wahai
Tuhan
yang
amat
luas
pengampunan
amin.
Segala
puji-pujian
tertentu
bagi
Allah
yang
telah
menyempurnakan
ibadat-ibadatku,
kurniakanlah
satu
kebajikan
dengan
tiap-tiap
sehelai
rambutku.
Hapuskanlah
dengannya
satu
kejahatan,
angkatkanlah
daku
dengannya
darjat,
ampunilah
daku
serta
orang
yang
bercukur,
bergunting
dan
sekalian
orang-orang lslam.
Ya
Allah
Ya
Tuhanku,
tambahkanlah
keimanan,
keyakinan,
berilah
taufik
dan
pertolongan
kepadaku
dan
ampunilah
kami
serta
ibu
bapa
kami,
isteri
dan
anak-anak
kami,
selawat
dan
salam
ke
atas
penghulu
kami
Nabi
Muhammad
s.a.w,
keluarganya
dan
sahabat-sahabatnya sekalian, Amin.
Kami
beberapa
orang
mangambil
keputusan
untuk
menunggu
sehingga
waktu
subuh
sambil
meninjau-ninjau
persekitaran
dalaman
MasjIdil
Haram
sebagai
langkah
untuk
membiasakan diri.
Al
maklumlah
baru
2-3
jam
berada disini.
04.26 pagi
-
Azan Fajar
(azan
yang
bertujuan
untuk
mengejutkan
penduduk
Makkah
supaya
bangun
akhir
malam
untuk
beribadah.
Kat
Malaysia
x
de
Azan ni)
05.26 pagi
-
Azan Subuh.
Orang
ramai
telah
mulai
memenuhi
segenap
penjuru
untuk
solat
sunat subuh.
Sejuk sungguh sebab kami memakai ihram sahaja.
05.40 pagi
- Solat
Subuh
berjamaah
dan
di
ikuti
dengan
Solat
Jenazah.
Ramainya
orang
Solat
Jenazah.
Kalau
kat
kampung
tempat
kita,
time
solat
jenazah
ni
ada
yang
duduk
bawah
pokok,
tepi-tepi
rumah,
atas
motosikal
sambil-sambil
hisap
rokok
dan
macam
macam
lagi.
kat
sini
semuanya
bersolat
kecuali
orang
yang
berebut
nak
mencium
Hajar Aswad.
Janji
dengan
rakan-rakan
selepas
solat
JUMPA
(pastikan
tidak
mengunggkapkan
perkataan
tunggu)
di tempat letak kasut.
06.00 pagi
- Melengkapkan tahalul dengan membotakkan kepala = SR10.00
06.20 pagi - Balik
hotel
untuk
sarapan.
07.00 pagi
- Balik bilik
hotel
untuk
jamak
tidur.
Seharian
x tidur. Pastikan
anda
tahu
Waktu
Solat
sebelum tidur.
8.30 pagi - Ceramah Penilaian Ibadah Umrah. Mutawif
Inform
Hari
ni
Acara Bebas.
10.30 pagi
- Pergi
ke Masjidil Haram
untuk
solat
zohor.
Jalan
kaki
sambil
tu
jeling2
kat
kedai
kedai
tepi
jalan. Hari ini stay dari zohor sampai asar.
3.18 ptg - Masuk waktu Asar. Lepas Asar pun rasa malas nak balik
. Keluar sebentar beli kebab SR2.00 air teh susu SR2.00 dan masuk semula ke
dalam masjid.
4.30 ptg - Meninjau-ninjau di Dataran Kaabah untuk mencari
tempat solat yang terbaik. Cara nak dapat saf solat di Dataran Kaabah - buat tawaf saja2 sambil cari tempat
solat. Alhamdulilah dapat saf kedua dihadapan pintu masuk ke
Hijir Ismail.
5.39 ptg - Masuk waktu maghrib. Lepas solat jenazah
dapat masuk Hijir Ismail. Selepas itu pergi area Multazam dan berdoa supaya
dapat cium Hajar Aswad. Doa inilah yang selalu saya baca berulang-ulang supaya urusan saya
dipermudahkan.
Alhamdulilah,
dapat cium Hajar Aswad buat kali yang pertama.(tekniknya saya ada ceritakan
dibawa.) Hati begitu gembira. Allah bagi ujian
mudah samada sanggup buat atau tidak. Selepas cium Hajar Aswad saya agak kehausan
lalu keluar ketepi Dataran Kaabah untuk minum air zam-zam.
Masa minum, saya terpandang satu pakcik
yang gayanya orang dari Malaysia bertanya pada Polis Arab. Ayam & itik berbicara. Saya panggil
pakcik ni dekat dengan tiang tempat kami minum air zamzam & tanya kenapa ?
Ceritanya, baru
sampai dari Sabah bersama dengan 20 orang dalam 1 group. Lepas Saie waktu asar telah terpisah
dengan groupnya. Card hotel tak ada. Tag Nama ada no untuk di hubungi,
Call-call tak angkat, msg tak reply. Pakcik Linaun ni dari Keningau, mulanya agak sukar berbicara
kerana bahasanya juga agak berbeza
sikit dengan kitaorang semenanjung. Setelah lama bersembang, saya ajak beliau
untuk ke Dataran Kaabah untuk mencari tempat untuk solat Isya.
7.09
mlm - Dah masuk waktu isyak. Selepas solat jenazah, saya bawa pakcik ni ke Dataran
Masjidil Haram untuk mencari-cari groupnya tapi tak jumpa. Nak hantar ke hotel,
tak tahu kat mana. Kebiasannya jemaah dari Malaysia akan duduk hotel area Jalan
King Abdul Aziz, Jalan Ajiyad atau Jalan Ibrahim Khalil. Dah ronda entrance
ketiga-tiga jalan ni masih tak jumpa.
Akhirnya msg saya dibalas dari Madinah oleh petugas yang no HPnya tertera dalam
tag nama. Jumpa pak cik ni lepas
maghrib dalam pukul 6.10 ptg. Pukul 11
malam baru jumpa mutawwif yang bawak group pak cik ni. Masa ni dah rasa lapar yang amat sangat sbb
tengahari tak makan, petang makan kebab 2.00 riyal je ditambah dengan cuaca sejuk lagi.
Nasib baik dah pesan rakan sebilik untuk amikkan nasi kat cafeteria. Semuga pakcik
Linaun
sihat selalu.
|