~ Pakej Umrah Terbaik ~

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Lanjutan dari maklumat Pakej Umrah yang terdapat dalam  http://www.e-kedai.com.my/pakejumrah.htm

Bersama-sama ini disertakan Maklumat lanjut berkenaan Pakej Umrah Bersama Tabung Haji Travel

 

 

RINGKASAN HARGA KANAK-KANAK

A) HARGA KANAK-KANAK DENGAN KATIL.

1. Untuk 2 hingga 12 tahun - Diskaun RM200.00 dari harga dewasa bag semua pakej.

2. Infant (2 tahun kebawah) - RM1,000.00 bagi semua pakej.

 

TERMA DAN SYARAT

1. PERMOHONAN VISA UMRAH TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN KEDUTAAN DIRAJA ARAB SAUDI.

2. Harga pekej adalah tertakluk kepada pindaan dan perubahan harga penginapan, tambang penerbangan, Fuel Surcharge, Insuran, bayaran Perkhidmatan Syarikat Penerbangan dan sebagainya tanpa notis.

3. Harga adalah untuk Jemaah Berkumpulan 30 pax dan ke atas.

4. Semua jemaah akan diberi Kit Umrah iaitu Beg Pakaian, Buku Panduan Umrah, Beg Selendang, Beg Galas, Ihram/Telekung dan 5 liter air Zam-zam.

5. Semua Jadual Penerbangan tertakluk pada pindaan oleh Syarikat Penerbangan.

6. Pembayaran Deposit RM1000.00 semasa pengesahan tempahan.

7. Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

8. Penginapan bertaraf hotel di Madinah & Makkah atau yang setaraf jaraknya.

 

Harga Pakej Umrah terbahagi kepada 5 :

BIL

PAKEJ

JARAK HOTEL

HARGA PAKEJ

1.

Pakej FAIRUZ

+- 700m

2.

Pakej AQIQ

+- 650m

3.

Pakej NILAM

+- 300m

4.

Pakej RUBY

+- 80m

5.

Pakej TOPAZ

+- 50m

*Anggaran Harga adalah untuk 4 orang sebilik.

.

Terdapat perbezaan dari segi harga dalam Pakej-pakej Yang ditawarkan.
Perbezaan ini adalah disebabkan :
1. Jarak antara Hotel ke Masjidil Haram/Masjid Nabawi.
2. Jenis bilik yang dipilih samada berdua, bertiga atau berempat.
3. Tarikh penerbangan juga mempengaruhi.
 
Lokasi hotel adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Disertakan pelan lokasi hotel-hotel yang disediakan oleh pihak Tabung Haji Travel.

 

UNTUK VISA UMRAH KALI KE 2 DAN SETERUSNYA

Dasar Baharu Kerajaan Arab Saudi menetapkan jemaah yang mahu menunaikan umrah kali kedua pada tahun Hijrah yang sama akan dikenakan bayaran Visa Umrah sebanyak SR2,000.00 (Saudi Riyal).

Bayaran ini tidak termasuk didalam jadual yang diatas.

 

 

Bersama ini disertakan Borang Pendaftaran Pakej Umrah Bersama Tabung Haji Travel.

 

===> Borang Pendafaran Haji / Umrah belakang.pdf <===

 

Sila download & isikan maklumat yang diperlukan.

Sila email ke admin@e-kedai.com.my sekiranya anda tidak dapat mendownload borang pendaftaran ini.

 

Untuk membuat Pendaftaran dan Pembayaran Tempahan PAKEJ UMRAH, anda perlu membuat Bayaran Wang Pendaftaran sebanyak RM1,000,00 seorang untuk Tempahan Prasarana (Visa, Pengangkutan & Penginapan).

Bayaran ini boleh di bank in terus ke :

 

No. Akaun Bank Islam :

140.320.1002.2000

Penama pada Akaun :

TH Travel & Services Sdn Bhd.


Maklumat yang berikut boleh email kepada pihak kami
admin@e-kedai.com.my :
1. Borang pendaftaran yang telah lengkap di isi.
2. Salinan Slip Bayaran Pendaftaran.
 
Bakal Jemaah perlu menyediakan dokumen yang berikut :
1. Pasport antarabangsa dengan sahlaku melebihi 6 bulan dari tarikh penerbangan dengan baki 4 mukasurat.
2. Gambar Visa 4 keping seperti syarat berikut

     ~ Saiz gambar berukuran 6cm x 4cm.

       ~ Latarbelakang berwarna putih.

       ~ Tidak memakai songkok/serban/kopiah (Bagi Jemaah Lelaki)

       ~ Bertudung gelap (Bagi Jemaah wanita)
3. Buku suntikan Meningitis (ACYW 135)
4. Dokumen bagi Jemaah yang menggunakan MAHRAM

     ~ ISTERI (umur bawah 45 tahun) - Salinan sijil nikah yang disahkan oleh Jabatan Agama.

       ~ ANAK LELAKI & PEREMPUAN (Bawah 45 tahun) - Salinan sijil lahir yang disahkan oleh JPN.

       ~ ADIK-BERADIK - Salinan sijil lahir (kedua-duanya) serta disahkan oleh JPN.

       ~ ANAK ANGKAT - Salinan sijil Anak Angkat yang disahkan oleh JPN & Wisma Putra (Wajib pergi dengan ibubapa)

       ~ ANAK TIRI - Sijil Cerai / mati (bapa) dan surat hak penjagaan anak, Sijil lahir anak yang disahkan oleh JPN.

5. Pesakit Dialisis dan Kurang Upaya - Diwajibkan pergi bersama waris terdekat yang boleh menjaga pesakit dan tinggal sebilik.
 
Seterusnya nanti pihak Tabung Haji Travel akan mengeluarkan Surat Pengesahan Menunaikan Umrah yang menyatakan :
1. Nama Jemaah :
2. No Kad Pengenalan :
3. Tarikh Berlepas :
4. Tarikh Tiba di KLIA
5. Jenis Penerbangan.
 
Setelah mendapat surat pengesahan ini, Bakal Jemaah bolehlah membuat bayaran penuh ke Akaun Tabung Haji Travel dan surat ini boleh digunapakai untuk memohon cuti berkerja.

 

Pembayaran penuh PAKEJ UMRAH hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh berlepas sama ada  dibuat secara bayaran tunai di Kaunter TH Travel atau ‘bank-in’ terus kedalam Akaun TH Travel & Services Sdn Bhd.


Pihak Tabung Haji Travel akan memaklumkan Tarikh & Tempat Kursus Umrah yang perlu dihadiri oleh Bakal Jemaah. Kit Umrah iaitu Beg Pakaian, Beg Galas, Beg Selendang, Ihram/Telekung dan Buku Panduan Umrah boleh di ambil di Pejabat Cawangan Tabung Haji Travel yang berhampiran
 
Bakal Jemaah juga boleh menghubungi kami dengan menghantar email ke
admin@e-kedai.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.
 
Sekian terima kasih
 
Zuraimi
admin@e-kedai.com.my
 
Nota :
Jika berkelapangan, Bakal Jemaah boleh membaca

Travel Log Umrah bersama Tabung Haji Travel di link yang berikut

http://www.e-kedai.com.my/travelogumrah2015.htm
 

“SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH UMRAH”

KESELESAAN, KEMUDAHAN DAN KEYANINAN UNTUK BERIBADAH DI BUMI BARAKAH”

Sebarang Pertanyaan

 @ Ingin mengetahui Maklumat lanjut Mengenai Pakej-Pakej yang disediakan.

Sila lengkapkan Borang Dibawah ini

Borang Hubungi

Sila isikan borang dibawah lengkap dengan data yang benar dan sah sahaja. Sebarang maklumat palsu adalah dilarang sama sekali. 

IP anda akan direkod untuk tujuan keselamatan.

* menandakan ruangan tersebut WAJIB di isi.

 

Nama Penuh Anda

:

*

Alamat Email Anda

:

*

No.Telefon Anda

:

*

Tajuk Pesanan &

Lokasi Anda

:

*

Kandungan Pesanan

Detailkan Pertanyaan anda untuk memudahkan pihak kami menjawabnya

:

*

 

  

INFORMSI BERGUNA

Copyright www.E-KEDAI.com.my

~ Pakej Umrah Terbaik ~

 

 

HARGA PAKEJ :  

Harga Pakej Umrah Adalah Termasuk :  

  • Tiket Penerbangan Pergi Balik dari KLIA~>Jeddah~>KLIA.

  • Cukai dan insuran Lapangan terbang untuk pergi dan balik.

  • 3 Malam Penginapan di Madinah dan Hari Selebihnya di Mekah.

  • Penyediaan makanan dan minuman 3 kali sehari (Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam)

  • Ziarah tempat-tempat bersejarah di Mekah & Madinah.                                                                                                             MAKKAH - Arafah, Jabal Nur, Masjid Qiblatain Ziarah Jabal Thur, Arafah, Mina – Jabal Rahmah, Masjid Nammeirah dan ketiga-tiga jamrah. Bermiqat di Jaaranah.                                                                                                                                                    MADINAH – Masjid – Ladang Kurma. Solat Subuh dan sarapan Ziarah Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain dan Pasar Tamar.(Semua lawatan tertakluk kepada masa yang ada kerana perlu Jemaah balik segera untuk menunaikan solat fardu di Masjidil Haram) 

  • 3 kali Umrah PERCUMA (Jaa’ranah / Hudaibiyah)

  • 5 Liter Air Zam-Zam.

  • Khidmat Mutawif yang Berpengalaman di Mekah & Madinah.  

  • Jemaah akan diiringi Ketua Rombongan. 

  • Majlis pengisian oleh Ustaz-ustaz bertauliah bagi menjelaskan hukum hakam dengan lebih terperinci.

  • Pengangkutan Bas yang Selesa dan Berhawa Dingin semasa Lawatan.

  • Proses Permohonan VISA.  

  • 20kg elaun bagasi di tanggung.

  • Perlindungan Takaful Pengembaraan dari Takaful Ikhlas.

  • Kursus Umrah Intensif Percuma bagi persiapan dan penyediaan sebelum ke Tanah Suci.  

  • Pakej ini terbuka kepada Berkumpulan dan Perseorangan tanpa perubahan pada tahap perkhidmatan, kemudahan dan program.  

  • Tag pengenalan .

WAJIB HAJI DAN UMRAH

Haji dan Umrah adalah Wajib Sekali Seumur Hidup ke atas Setiap Orang Islam

lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. 

."Umrah ke umrah berikutnya menghapuskan (dosa-dosa kecil)  yang ada antara keduanya dan haji yang mabrur (yang diterima) tiada balasan baginya melainkan syurga.." Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

JADUAL ATURCARA UMRAH

JADUAL ATURCARA DAN TARIKH PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA.

Ada kalanya jadual perjalanan anda berubah. Jemaah akan diberitahu lebih awal sekiranya terdapat perubahan pada jadual contohnya Jemaah terus dibawa ke Makkah. Ini bermakna Jemaah perlu siap berpakaian Ihram dari Lapangan terbang di Malaysia lagi.

 

~UMRAH BERSAMA TABUNG HAJI TRAVEL~

MAKLUMAT ASAS YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH

PENGERTIAN UMRAH

Pada bahasa : Ziarah.

Pada istilah : Menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.

HUKUM MENGERJAKAN UMRAH

Hukum mengerjakan umrah adalah seperti hukum mengerjakan haji sebagaimana

Firman Allah Taala :

 

Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah [Surah Al-Baqarah : 196]

RUKUN UMRAH

1) Niat. - (Rukun Umrah)

2) Tawaf di Baitullah (Rukun Umrah)

Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya.

.

SYARAT-SYARAT TAWAF

1. Suci daripada hadas besar pada badan, pakaian, tempat tawaf.

2. Menutup aurat.

3. Bermula pada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf ketika itu.

4. Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan

5. Bertujuan Tawaf bukan bertujuan lain.

6. Cukup 7 kali dengan yakin

7. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail Syazarwan.

 

SUNAT-SUNAT TAWAF

1. Berjalan kaki

2. Berittiba’ (berturutan) bagi tawaf yang diiringi dengan sae’i (lelaki)

3. Mengucup Al-Hajar Aswad / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.

4. Membaca zikir dan doa.

5. Berturutan 7 kali pusingan.

6. Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk.

7. Sembahyang sunat Tawaf.

4) Saie antara Safa dan Marwah (Rukun Umrah)

Sae’i bererti berjalan berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.

.

SYARAT-SYARAT SAE'I

1. Dilakukan selepas Tawaf rukun / Tawaf Qudum.

2. Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

3. Sampai ke hujung setiap tempat Sae’i.

4. Berniat Sae’i semata-mata kerana Allah Taala.

5. Cukup bilangan 7 kali. Bilangan dikira sekali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.

.

SUNAT-SUNAT SAE'I

1. Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda hijau.

2. Menghadap Qiblat dan melambai-lambai kedua-dua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah.

3. Keluar ke tempat Sae’i melalui Bab Al-Safa.

4. Berdoa.

5. Berwudhuk.

6. Berjalan kaki.

7. Berturut-turut.

5) Bercukur atau bergunting (Rukun Umrah)

Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.

6) Tertib(Rukun Umrah)

WAJIB UMRAH

Wajib Umrah ada dua perkara iaitu :-

1. Melakukan niat umrah di miqat .

2. Menjauhi segala larangan semasa ihram.

1. Niat Ihram di Miqat, - (Wajib Umrah)

Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.

Miqat terbahagi kepada 2 :

a) Miqat Zamani : Sempadan masa yang ditentukan bagi ihram haji, bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah pada setiap tahun. Manakala bagi Umrah ialah sepanjang tahun.

b) Miqat Makani : Sempadan tempat yang telah ditetapkan disekeliling Mekah untuk ihram haji.

MIQAT MAKANI

1. Yalamlam – bagi jemaah yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah. Jaraknya adalah lebih kurang   54 km dari Kota Mekah.

2. Zulhulifah – bagi para jemaah haji ang datang dari Madinah dan kawasan sekitarnya. Jarak lebih kurang 450 km dari Mekah.

3. Juhfah – Jemaah haji yang datang dari arah barat laut seperti penduduk Mesir dan Syria. Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.

4. Qarnul Manazil – bagi jemaah yang datang dari arah timur seperti penduduk Najd. Jaraknya lebih kurang 94 km dari Mekah.

5. Mekah (dari rumah mereka) – Untuk penduduk Mekah sendiri.

13 PERKARA-PERKARA LARANGAN DALAM IHRAM

2. Meninggakan 13 perkara-perkara yang haram semasa ihram. (Wajib Umrah)

Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Berihram Sebaik sahaja seorang itu berniat haji atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut :


1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung.

2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.

3. Menutup muka bagi wanita.

4. Memakai sarung tangan.

5. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedut ke dalam hidung.

6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.

7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.

8. Mengerat atau membuang kuku.

9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Haram.

10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.

11. Bersetubuh.

12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.


13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

TAMMAT

Copyright www.E-KEDAI.com.my

~ Pakej Umrah Terbaik ~

~UMRAH BERSAMA TABUNG HAJI TRAVEL~