xxxxxx

 

 

Ia pengalaman yang saya lalui ketika pergi menunaikan Umrah pada Jun 2012 bersama Isteri. 

Travelog ini mungkin lebih releven bagi mereka yang hendak menunaikan umrah serta memahami perjalanan yang saya lalui semasa melakukan umrah tempoh hari.

Tidak terlintas niat untuk riak. Yang baik boleh dijadikan panduan. 

Jika terdapat sebarang kesilapan Maklumat/Fakta, sila email ke admin@e-kedai.com.my untuk pembetulan.

Saya masa mula mula sampai, cari tandas pun x jumpa. Tanya pada cleaner, katanya arah Marwa. Kita pun berjalan 400m lebih semata2 untk mencari tandas. Bila sampai rupanya tandas diluar kawasan masjid yang memerlukan kita memakai kasut. Terpaksa berpatah balik cari tandas yanga lain. Lepas pusing2 cari rupanya tandas dekat je. Kalau kita dah tahu, x payah nak tercari-cari.

29.05.12 - Hari Selasa - Hari Pertama

09.30am - Berkumpul dirumah Ustaz Ahmad Nazri sebelum bertolak ke LCCT

10.30am - Bertemu keluarga diperkarangan LCCT.

12.10pm - Check-in

01.17pm - Salin pakaian kepada Kain Ihram kerana kami akam bermiqat di dalam kapal terbang sebelum melalui Qarnul Mananzil, Solat Jamak/Qasar Zohor & Asar di surau LCCT.

02.00pm - Berjalan masuk ke AirAsia X

02.30pm - Berlepas seperti yang dijadualkan. Tempoh perjalanan kami 8 jam di atas flight. Agak meletihkan dan memenatkan +++  Pukul 2.30pm kami berlepas, dan kami sampai pukul 10.45pm waktu Malaysia. Memandangkan waktu di Jeddah beza 5 jam dengan waktu di Malaysia, kami tiba di sana pukul 5.45 petang waktu Jeddah. Kami semua dingatkan oleh pilot untuk berniat mengerjakan umrah semasa berada di dalam kapal terbang, iaitu lebih kurang satu jam sebelum mendarat. 5 minit sebelum melepasi kawasan Miqat, Pilot sekali lagi mengingatkan pada sesiapa yang belum berniat untuk berniat sekarang. Masa ni, semua jemaah yang akan terus ke Mekah untuk menunaikan umrah sudah berpakaian ihram dan mesti mula menjaga pantang larang ihram sehingga habis mengerjakan umrah.

 

05.45pm - Sampai Terminal Haji King Abdul Aziz Jeddah (waktu Malaysia pukul 11.45pm). Setiap orang kena isi borang declaration. Itu borang tulis Arab daa. Nasib baik ada tulisan kecil traslation kat bawah. Masa ni ramai pekerja2 cleaner airport dari Bangladesh dengan uniform Bin Laden Group datang dan offer kita Sim Card phone. Kita boleh beli di sini. Tapi kena berhati2, kadang diaorg ni jual mahal sikit. Harga untuk Sim Card adalah SR50.00 dan kita akan dapat top up bernilai SR50.00 dalam Sim Card. Masukkan terus dalam phone & check baki. 

07.00pm - Solat Solat Jamak/Qasar Maghrib & Isyak di Airport.

08.00pm - Beratur untuk clearkan Imigresen secara manual. Visa setiap jemaah di scan satu persatu apabila melalui kaunter. Masa yang diambil untuk setiap jemaah lebih kurang 1 minit..

 

08.45pm - Setelah clear imigresen sementara nak tunggu bas datang lagi pekerja2 cleaner yang lain pulak nak offer Sim Card. Kalau pandai nego boleh dapar SR45.00 je. Selepas naik bas semua berasa lega sebab dah dapat merasai kesejukan Aircond. Untuk pengetahuan, selepas kaunter imigresen dah x de aircond. Dalam perjalanan menuju ke Kota Makkah kami Bertalbiah sepanjang perjalanan sambil melihat-lihat permandangan yang jarang kita tengok. Setelah terlihat Menara Jam, sebelum memasuki Kota Makkah, Baca Doa dialunkan oleh Mutawif dan diaminkan oleh para jemaah.

 

 

10.30pm - Kami tiba di Hotel Deafat Al Rasyedeen dan terus Check-in. Bertembung dengan rombongan jemaah Asari Murni yang mendahului kami tiba dari Madinah seramai 6 bas. Hotel dah penuh, so kitaorang ditempatkan di hotel bersebelahan. Kami pun meletakkan barangan yang dibawa di bilik hotel & berkemas ala kadar. Kami seterusnya pergi ke dewan makan untuk makan malam. Selepas makan malam kami pun bersedia untuk melalukan MISI UTAMA kesini.. 

 

11.30pm - Berkumpul di lobby hotel untuk menunaikan Tawaf & Saie.

Tukar hari dah

30.05.12 - Hari Rabu - Hari Kedua

12.00am - Berjalan kaki beramai-ramai menuju Masjidil Haram sambil bertalbiah untuk menunaikan Tawaf & Saie Umrah yang pertama.

12.10am - Bacaan Doa Masuk Masjid sebelum Memasuki Masjidil Haram buat kali yang pertama melalui PINTU 1 - Babul Malek Abdul Aziz. Berdebar-debar sebab masa ni belum nampak Kaabah lagi. Ya Allah, Permudahkan urusan aku sepanjang berada disini Ya Allah.

Kemudian kami masukkan kasut kedalam beg kasut yang dibawa dan simpan di rak kasut yang disediakan dan INGAT no rak kasut.

 

Aturan setiap langkah kaki yang seterusnya dengan penuh berhati-hati. Di sebalik tiang-tiang masjid, telah menampakan sebahagian struktur binaan Kaabah yang tersergam memukau. Alhamdulillah, Macam x percaya, Ya Allah, akhirnya aku dapat melihat sepenuhnya struktur binaan Kaabah yang menjadi Kiblatku selama ini buat kali yang pertama. Ya Allah, gembiranya aku, sayu, hiba,  +++ Tanpa ku sedari, air mata mengalir tanpa dipaksa. Terpaku sebentar. Don't no what to say.

 

Kami berkumpul di Pintu 1 - Babul Malek Abdul Aziz (bahagian dalam) sebelum turun ke Dataran Masjidil Haram. 

Berdoa beramai-ramai apabila nampak Kaabah diketuai oleh mutawif sebelum turun ke Dataran.

Sebahagian Maksudnya ;

Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah,

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung .

Tidak ada Tuhan yang disembah  dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, 

Tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagiNya segala pujian dan 

Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu, 

ku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, 

kemiskinan, azab kubur, sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya mencucuri ke atas 

Saidina Muhammad S.A.W, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

 

Ya Allah tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kebaikan, dan 

tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan 

membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.

 

 

Berdoa seterusnya apabila menuju ke Hajar Aswad - tempat permulaan Tawaf.



Niat Tawaf Umrah beramai ramai sebelum melepasi dari LAMPU HIJAU yang bersetentangan dengan Hajar Aswad.

Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat :

" Sahaja aku Tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala "

 

"Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd"

*istilam / isyarat dengat mangangkat tangan menghadap hajar aswad dan mengucup tangan kanan

 

Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca 

"Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd", dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca :

8. DOA DI ANTARA DUA RUKUN (SUDUT KAABAH) setiap kali.

Maksudnya :

Wahai Tuhan kami berilah kami di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang-orang yang berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan), wahai Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seru sekalian alam.

 

Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.

 

Mulakan Berdoa (kita tahu apa yang kita minta) & Bukan Membaca Doa(setakat baca & tak faham makna)

 

12.30am - Mula bertawaf, agak berpeluh juga walaupun di awal pagi kerana orang ramai. 

 

Kemudian kami Solat Sunat Tawaf di belakang Maqam Ibrahim +++ "Sujud Syukur" kerana dijemput menjadi Tetamu di hadapan KaabahMu Ya Allah. Kita dijemput sebagai tetamu Allah ni bukan kerana banyak duit tapi kerana Allah dah terima kita menjadi tetamuNya. Kalau banyak duit pun tapi Allah masih tak menjemput kita, tak mungkin kita akan sampai ke sini. 

 

 DOA SOLAT SUNAT TAWAF

Sebahagian Maksudnya :

 

11 DOA DI MAQAM IBRAHIM A.S

Sebahagian Maksudnya :

Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsiaku, dan perbuatanku yang terang maka terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permintaanku. Engkau mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku maka ampunilah dosaku.

 

Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya daku meminta kepadaMu iman yang teguh di hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga daku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan daku pohon keredhaan dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah yang menolongku di dunia dan di akhirat, maka matikanlah daku di dalam Islam dan sertakanlah diriku bersama orang-orang yang salih.

 

Ya Allah ya Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat yang mulia ini dosa, melainkan Engkau ampunkan. Janganlah Engkau biarkan kesedihan hati dikalangan kami melainkan Engkau menghilangkannya dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau kurniakan dan mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkanlah dada kami. Terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan kebaikan,

 

Ya Allah ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang salih dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana.

 

Sebelum Saie Disunatkan minum dulu Air Zam-Zam terlebih.

10. DOA KETIKA MINUM AIR ZAMZAM

Minum air Zam-Zam sambil berdoa - Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit .

 

01.30am - Memulakan perjalanan ke tempat Saie.

 

14. DOA SAIE apabila naik tangga Bukit Safa maka sebutlah :

Maksudnya ;

Allah Maha Agung, 

Allah Maha Agung, 

Allah Maha Agung, 

Segala pujian hanya bagi Allah.

 

 

02.30am - Selesai melakukan Saie & Bertahlul. 

15. DOA SETELAH SELESAI SA’IE

 Maksudnya ;

Ya Tuhan, kami memohon diterima doa kami, afiatkanlah dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepadaMu. Janganlah membiarkan kami bergantung .kepada yang lain selain dariMu. Matikanlah kami didalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami.

 

Ya Allah ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah daku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan pada perkara-perkara yang membawa keredhaanMu wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan.

 

16. DOA BERCUKUR (Sambil memegang rambut di kepala) :

 Sebahagian Maksudnya :

Ya Allah Ya Tuhan, inilah ubun-ubunku maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambut itu cahaya bagiku dihari kiamat dan ampunkanlah dosaku, wahai Tuhan yang amat luas pengampunan amin. Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya  satu kejahatan, angkatkanlah daku dengannya darjat, ampunilah daku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang-orang lslam.

 

Ya Allah Ya Tuhanku, tambahkanlah keimanan, keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepadaku dan ampunilah kami serta ibu bapa kami, isteri dan anak-anak kami, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian, Amin.

 

 

Kami mangambil keputusan untuk menunggu sehingga waktu subuh sambil meninjau-ninjau persekitaran dalaman Masjudil Haram sebagai langkah untuk membiasakan diri. Al maklumlah baru 2-3 berada disini.

 

03.00am - Azan Fajar (azan yang bertujuan untuk mengejutkan penduduk Makkah supaya bangun akhir malam untuk beribadah. Kat Malaysia x de Azan ni)

04.00am - Azan Subuh. Orang ramai telah mulai memenuhi segenap penjuru untuk solat sunat subuh.

04.20am - Solat Subuh berjamaah dan di ikuti dengan Solat Jenazah. Ramainya orang Solat Jenazah. Kalau kat kampung tempat kita, time solat jenazah ni ada yang duduk bawah pokok, tepi-tepi rumah, atas motosikal sambil-sambil hisap rokok dan macam macam lagi. kat sini semuanya bersolat kecuali orang yang berebut nak mencium Hajar Aswad.

 

Janji dengan rakan-rakan selepas solat JUMPA (pastikan tidak mengunggkapkan perkataan tunggu) di bawah LAMPU HIAJU tempat permulaan tawaf untuk bersama-sama balik ke hotel. Bawah lampu  hijau menjadi meeting point 

 

05.30am - Balik hotel untuk sarapan Deafat Al Rasyedeen. 

06.30am - Balik hotel sebelah untuk jamak tidur. Seharian x tidur.

Pastikan anda tahu Waktu Solat sebelum tidur.

 

Mutawif Inform Hari ni Acara Bebas.

 

10.30am - bersiap untu ke masjid untuk solat zohor. Jalan kaki je sambil tu jeling2 kat kedai kedai tepi jalan

Stay sampai asar.

 

Balik hotel mandi2

 

05.30 - Bersiap sedia untuk Solat Asar.

Stay sampai Isyak.

 

Balik hotel untuk makan2 & tidur

 

4 Perkara Penting yang anda perlu tahu dan simpan dalam Handphone sepanjang berada disini.

1. Jadual Waktu Solat.

2. Jadual Perjalanan Bas pergi dan balik ke Masjidil Haram

3. Jadual Waktu Makan.

4. Business Card Hotel.

Nanti saya akan ceritakan kenapa ?

 

31.05.12 - Hari Khamis - Hari Ketiga

03.30am - Ready untuk ke Masjidil Haram untuk solat subuh.

Bas disediakan untuk pergi dan balik Masjidil Haram.

Pastikan anda tahu jadual perjalanan bas. Bas sentiasa berulang alik antara Hotel > Masjidil Haram > Hotel > Masjidil Haram dan seterusnya.

Azan Subuh Sebelum terbit Fajar pada pukul 3.00am

Azan Subuh pukul 04.00am, bas pertama akan bertolak dari hotel pada pukul 3.00am (rujuk jadual)

Solat Subuh pukul 04.20am - bas last bertolak 04.15am. 

 

Sememangnya di Masjid Nabawi di Madinah al-Munawarah dan Masjidil Haram di Makkah Mukarramah diadakan azan sebanyak dua kali iaitu azan yang pertama antara pukul 3:00 pagi dan azan kedua antara pukul 4:00 pagi. Amalan dua kali azan di Masjid Nabawi di Madinah al-Munawarah dan Masjidil Haram di Makkah Mukarramah telah dilakukan semenjak zaman Rasulullah saw. bersama Hazrat Bilal bin Rabah Habshi ra. sehingga kini.

 

Time balik Masjidil Haram > Hotel > Masjidil Haram > Hotel 

05.00am - Trip pertama

05.20am - Trip last

 

Begitulah Seterusnya untuk waktu waktu lain.

Pastikan anda ada menyimpan dalam Handphone waktu solat dan Jadual Perjalanan Bas untuk kemudahan sendiri.

 

Kalau dah terlambat @ nak pergi cepat anda ada pilihan.

1. Jalan Kaki - 450m je.

2. Naik Teksi SR10.00. 1 orang pun sama, 4-5 pun sama SR10.00.

3. Naik Van SR2.00 seorang.

06.30am - Berkumpul di Lobby hotel untuk lawatan ke Jabal Tsur, Arafah, Muzalifah, Mina, Jamrah & Miqat (Jemaah dinasihatkan untuk memakai Ihram semasa lawatan)

 

08.30am - Bas baru sampai. 

Lawatan untuk menziarahi Jabal Thur. X naik pun, x cukup masa. kalau nak datang lain kali naik teksi SR50.00

Ada tempat untuk naik unta.

Tempat Nabi menyorok semasa mula-mila ingin berhijrah.

Lawatan diteruskan ke Padang Arafah. Jemaah ditunjukkan tapak khemah2 untuk jemaah haji semasa Wukuf Padang Arafah.

1 bilik tandas yang perlu dikongsi seramai 70 orang sewaktu Wukuf Padang Arafah.

Jemaah seterusnya dibawa Jabal Rahmah

Berdoa beramai-ramai di kaki Jabal Rahmah.

Ada sahabat yang mendaki Jabal Rahmah sampai kepuncak & berdoa.

Makan ais krim SR2.00 je. makan 1 x cukup.

Lawatan seterusnya menuju ke Mudzalifah. Jemaah ditunjukkan tempat untuk mengutip 70 biji batu pada hari 9 Zulhijjah(malam) untuk sebagai persediaan untuk melontar jamrah pada 11, 12 & 13 Zulhijjah.

Masjid XXXXXXXXXXX. dikunjungi pelawat diluar musim haji

Bas seterusnya bergerak ke Mina. 

Terdapat juga Hospital yang digunakan setahun sekali disini.

Disini terdapat lautan khemah putih yang kalis api (ada Aircond) untuk menempatkan jemaah haji. 

Setiap khemah akan diduduki 16 orang sahaja.

Setiap tahun 3 juta ++ umat islam akan berkumpul disini.

Jamrah tempat melontar. Ditutup semasa lawatan

Hotel berwarna coklat berdekatan Jamrah. Sewanya sekitar SR5,000.00 - SR7,000.00 je sepanjang melontar Jamrah.

Gambar Masjid Nameerah yang hanya digunakan setahun sekali iaitu semasa hari wukuf.

`

Kedudukan Stesen LRT Mudzalifah Station 1

Kedudukan Stesen LRT Mudzalifah Station 1

Kedudukan Stesen LRT Mudzalifah Station 1

Kedudukan Stesen LRT Mudzalifah Station 1

 

Lawatan seterusnya melalui Rumah Sembelihan untuk korban.

 

Lawatan terpaksa disingkatkan kerana untuk mengejar waktu bagi membolehkan jemaah memunaikan Solat Zohor di Masjidil Haram.

Lawatan seterusnya singgah di Masjid Jaq'ranah dimana Jemaah perlu berniat Ihram untuk Umrah yang seterusnya.

11.30am - Kembali ke hotel untuk bersiap sedia ke Masjidil Haram untuk Menunaikan Solat Zohor.

12.09pm - Azan Zohor.

12.50pm - Berkumpul di Pintu 1 - Babul Malek Abdul Aziz. Dari Dataran Masjidil Haram Hanya Pintu ini sahaja yang mempunyai Latarbelakang signboard berwarna Hijau dan Putih. Di ulangi Hijau dan Putih. Pintu pintu lain semuanya signboardnya berlatarbelakang putih dan tulisan hitam.

 

Selepas solat Zohor & Solat Jenazah Jemaah seterusnya Tawaf Umrah dan seterusnya Saie dan Bertahalul.

01.00pm - Mula bertawaf, Solat Sunat Tawaf di belakang Maqam Ibrahim +++

03.00pm - Selesai melakukan Saie & Bertahlul.

 

04.09pm - Azan Asar. Jemaah yang dah beratur ditepi diding Kaabah antar Rukun Yamani sehingga ke Hajar Aswad dibenarkan untuk mencium Hajar Aswad dengan aman seorang demi seorang sehingga selesai dengan diawasi oleh polis.

04.20pm - Solat Asar di Dataran sambil memakai Ihram. Masa ni dah tahalul. 

05.00pm - Pergi kedai untuk Bercukur Sampai Botak di kedai bawah Zam-Zam Tower dengan kadar SR10.00

Beli makan petang disini.

06.00pm - siap siap untu kemasjid naik bas utk maghrib

 

07.30pm - Lepas Solat Maghrib, ingatkan nak stay kat Dataran Masjidil Haram. 2 -3 kali polis suruh pindah. Orang Ramai so ambik keputusan untuk Tawaf 1 pusingan di Tingkat 1 Masjidil Haram sementara menunggu Solat Isyak. Khamis malam Jumaat . MasyAllah, Ramainya orang. Penduduk tempatan bercuti hari Jumaat. Biasanya diaorang akan datang ke masjid beramai-ramai.

 

08.30pm - balik hotel naik bas, makan-makan & tidur.

01.06.12 - Hari Jumaat - Hari Keempat

Mutawif Inform Hari ni Acara Bebas.

 

03.00am siap sedia untuk solat Subuh

 

09.30am - Bertolak dari hotel untuk ke Masjidil Haram Untuk Solat Jumaat. (untuk mendapatkan tempat terbaik & membolehkan jemaah wanita masuk kedalam masjid, Kalau lewat takut jemaah wanita x boleh masuk)

 

09.45am - Menunggu Solat Jumaat kawasan bawah mezanine area (tempat Muazzin Azan) @ tempat iman solat waktu zohor dengan harapan dapat solat dibelakang iman. Rupanya hari jumaat, Imam solat didataran. Cuma selepas Solat Jumaat Solat jenazah dibuat ditempat biasa kawasan dataran di hadapan tempat imam. Boleh nampak imam masa solat jenazah.

 

Inilah tempat Imam bersolat ketika cuaca panas. Ada centralised & split unit aircond. Ada 4 CCTV. Kipas.

Portable Mimbar untuk Khutbah Jumaat dibawa dihadapan Maqam Ibrahim. Khemah kecil dipasang ditempat Imam solat

02.00pm - Balik hotel untuk makan makan.

Balik hotel & kemas-kemas barang untuk Berpindah ke Hotel Deafat Ar-Rashideen.

02.06.12 - Hari Sabtu - Hari Kelima

06.30am - Lawatan ziarah ke Hudaibiyah. 

07.30am - Sampai di Masjid Hudaibiyah untuk Miqat, Berihram & Solat Sunat Ihram.

Keadaan di masjid ini kebersihannya agak kurang. Kalau disediakan "Tabung" untuk jemaah menderma untuk "Maintainance" masjid ini pasti ramai akan mengambil peluang untuk beramal jariah. Ambil wuduk disini dengan air paip yang ada rasa masin sikit.  

08.00am - Melawat ladang unta. Menikmati susu segar yang baru diperah dengan kadar SR5.00 sebotol.

Inilah Unta yang telah ku minum susunya.

Susu Fresh ditapis then dimasukkan dalam botol. Terus minum

09.30am - Sampai ke Masjidil Haram untuk Tawaf.

11.00am - Selesai Saie & Tahalul.

Seterusnya Mutawif Inform Hari ni Acara Bebas.

03.06.12 - Hari Ahad - Hari Keenam

05.30am - Masa ni dah terang macam kta pukul 7.00 pagi. Berkumpul di Pintu 5 Babul Ajiyad untuk Lawatan ke tapak rumah kelahiran Rasulallah SAW.

Melihat kepada pelan sekitar Masjudil Haram untuk tahu kedudukan kita. Signboard pelan ini dilekatkan pada dinding tembok Jabal Qubais yang merupakan Istana persinggahan Raja Saudi. Seterunya jemaah bergerak melalui dataran luar antara Kawasan Saie Safa - Maruah di sebelah kiri dan Jabal Qubais disebelah kanan. Tapak rumah Abu Jahal dijadikan Tandas.

Pergerakkan seterusnya menuju ke tapak rumah kelahiran Rasulallah SAW yang bangunan asalnya telah dirobohkan dan dibina sebuah Maktab (perpustakaan) Kawasan ini juga ingin dibangunkan oleh Raja Saudi tetapi telah mendapat pendangan dari seorang ulamak supaya kawasan ini dikekalkan supaya wujud /tidak dihilangkan tapak rumah ini.

 

Dari tapak rumah ini tersergam indah bangunan Menara Jam. Difahamkan menara jam ini boleh dilihat dari jarak 12km.

tapak rumah kelahiran Rasulallah SAW

Jemaah bergambar dihadapan Maktab.

Tapak Masjid Kuching telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.

cari gambar Masjid Kuching

Selepas menyeberangi Jalan Omar Bin Al Khattab, kami dibawa melawat perkuburan Ma'la.

hanya Jemaah lelaki yang dibenarkan masuk. Jemaah wanita perlu berada ditempat menunggu yang disediakan. Kawasan ber air-cond serta ada air minuman disediakan.

 

Al Fatihah.

Di perkuburan Ma'la ini terdapatnya

Makam XXXXXX Binti Muhammad Rasulallah SAW,

Makam Isteri Nabi iaitu Siti Khadijah Binti Khualid.

Makam Abdul Rahman Bin Auf

dan ramai lagi sahabat.

09.00am - Seterusnya di bawa melawat sekitar Masjid Jin. Masjid ini bertutup dan tidak boleh dimasuki.

10.00am - Membeli makan untuk sarapan pagi. Ada pelbagai jenis roti yang dibeli disini. Selepas itu kami semua balik semula ke hotel dengan roti2 yang dibeli untuk sarapan pagi. Kami bernasib baik kerana di Kafeteria hotel masih lagi makan untuk kami bersarapan.

 

Seterusnya Mutawif Inform Hari ni Acara Bebas.

04.06.12 - Hari Isnin - Hari Ketujuh

Macam biasa selepas menunaikan kewajipan di pagi hari serta telah bersarapan. kami meluangkan masa yang ada dengan melakukan Umrah.

08.00am - Menaiki teksi untuk Miqat di Masjid Tana'im SR40.00. Teksi banyak & boleh pilih-pilih.

Selesai Tawaf, Saie & bertahalul, balik ke hotel untuk mandi & bersiap untuk solat zohor.

11.30am - Menunggu bas untuk ke Masjidil Haram Untuk Solat Zohor. Inilah bas yang yang dimiliki oleh Agensi pengembaraan Asari Murni. Sebanyak 3 buah bas disediakan untuk berulang alik dari Hotel > Masjidil Haram > Hotel > Masjidil Haram dan seterusnya. Bas adala Percuma. Tunggu je depan hotel

Nak balik hotel tunggu di Perhentian yang selari dengan Pintu 5 Babul Ajiyad. Escalator turun terletak dibawah ramp untuk masuk terus ke tingkat 2 bangunan Masjidil Haram.

Keluar dari Pintu 5 Babul Ajiyad terus lalu dibawah jambatan dan turun Escalator atau tangga dan tunggu bas datang pada masa yang ditetapkan. Kalau x de bas. boleh naik teksi disini SR10.00 je satu teksi.

05.06.12 - Hari Selasa - Hari Kelapan

Macam biasa selepas menunaikan kewajipan di pagi hari serta telah bersarapan. kami meluangkan masa yang ada dengan melakukan Umrah.

08.00am - Menaiki teksi untuk Miqat di Masjid Tanaim. Selesai Tawaf, Saie & bertahalul, kami melawat sekitar masjidil Haram sambil mengambil gambar terutamanya tempat yan kami rasakan penting antaranya Kawasan Saie Basement. Kawasan ini adalah kawasan berair-cond dan ada tempat untuk jemaah wanita bersolat. Kawasan ini agar sukar dimasuki oleh wanita apabila tiba waktu solat kerana entrancenya melalui kawasan lelaki.

 

Kawasan Saie terdiri dari :

1. Bawah Tanah (basement) - Kawasan ini tiada laluan khas untuk kerusi roda. Dari kawasan ini boleh terus ke kawasan solat untuk wanita. Pintu keluar/masuk betul betul dibelakang bangunan Mezanain (tempat Muazzin). Dari tangga dah boleh nampak Kaabah.

2. Tingkat 1 - Paling ramai orang sbb dari dataran Masjidil haram, kalau keluar terus akan nampak kawasan saie ini. Saie di tingkat ini boleh pijak batu-batu di Bukit Maruah.

3. Tingakt 2 - Kurang orang sebab ada kerja2 mengecat dipertengahan kawasan saie.

4. Tingkat 3 - Semasa lawatan kami, kawasan Saie tidak dapat dimasuki kerana pintu ditutup.

Seterusnya kami melawat sekitar tingkat 1

Lampu hijau menandakan kawasan permulaan/tamat tawaf.

OTW nak balik semasa menuruni escalotar, kami ternampak kawasan untuk mengisi air zam-zam untuk dibekalkan keseluruh kawasan masjid ini. Isi air pakai hose macam isi minyak. 

Cek time kul brapa ?

Taklimat untuk berkemas-kemas dan persiapan untuk Tawaf Wada serta berangkat ke Madinah.

Oleh 

1. Ustaz Ahmad Nazri - Pengarah Operasi Redho Travel Sdn Bhd.

2. Uztaz Mohamas Rodi - Guru Agama Asari Murni (Mudir Sekolah Tahfiz ++++)

3. Ustaz Syaari.

Gambar Semasa taklimat

Gambar Semasa taklimat

Petangnya ada masa, sempat lagi menunaikam umrah

Lepas solat Isyak Janji Jumpa dekat Payung Traffic untuk pergi makan malam

Makan malam di Aziziyah Bersama jemaah yang berminat.

Makan Nasi Kambing Mandi dengan Janggut Unta

06.06.12 - Hari Rabu - Hari Kesembilan

06.00am - Macam biasa selepas menunaikan kewajipan di pagi hari kami terasa untuk menikmati teh tarik bersama roti canai citarasa Malaysia. Al maklum la, dah seminggu kami disini. D'Saji Cafe di dalam Kafeteria Zam-Zam Tower menyediakan apa yang kami hajati. Ada karipap, kuih ketayap, kuih lapis dan macam-macam ada...Harga jangan tanya, yang penting dapat makan. Sambil bersarapan, boleh tengok2 permandangan luar.

 

"The More We Give, The More We Get Back"

08.00am - Selepas bersarapan, kami masuk semula ke Masjidil Haram untuk tawaf sunat. 

Sebelum tu pergi ke tandas dahulu yang terletak dataran luar. Toilet ni letakknya kat basement. 

Perhatikah Lugage Lockers (tempat untuk menyimpan barang).

Dibelakang Luggage Lockers ini biasanya ada tandas samada lelaki atau perempuan.

Then masuk Masjid semula untuk Tawaf Sunat.

Selepas menunaikan solat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim, kelihatan kawasan di Multazam  sedang dibersihkan. Dinding Multazam (antara Pinta Kaabah & Hajar Aswad) sepanjang 2m itu merupakan salah satu tempat mustajab yang sentiasa dipenuhi oeh pengunjung. Kami mengambil peluang untuk menghampiri sehingga betul-betul berada di tali pemisah kawasan yang dicuci. Ya Allah, 

Permudahkanlah urusan ku hari ini, 

"The More We Give, The More We Get Back"

Selepas kawasan yang dibersihkan ini dibuka, saya dan isteri dapat melekapkan dada dan pipi sambil berdoa dikawasan Multazam iaitu antara pintu Kaabah & Hajar Aswad. Tangan saya sempat diselitkan kedalam Kelambu Kaabah bagi memboleh isone berasa betul-betul disebelah saya. Inilah saat yang tidak dijangka dimana kami dapat berdoa bersama-sama.

 

Masa yang mustajab untuk berdoa ialah setelah pertengahan malam hingga azan Subuh. Di Masjidil Haram azan dikumandangkan sebanyak dua kali. Kali pertama untuk membangunkan penduduk untuk solat malam. Azan kali kedua ialah menandakan masuk waktu subuh. Maka rebutlah peluang untuk berdoa di Multazam pada saat ini. Apakah doa yang paling baik untuk dipohon di sini? Kata Tok Guru saya, pohonlah kepada Allah perlindungan daripada api neraka.

Cara berdoa: Letakkan kedua-dua tapak tangan, pipi kanan, dan dada kiri ke dinding kaabah. Kemudian berdoa.

2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.

Inilah tulisan yang terapat pada kelambu Kaabah.

Selepas itu kami bergerak menuju ke Hijir Ismail. Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan dan kami pun menunggu seketika. Sebaik sahaja kawasan ini dibuka, kami dapat masuk dan bersolat dengan aman dan tenang bersama-sama tidak seperti kebiasannya kerana terdapat anggota polis menghadkan bilangan kemasukkan jemaah bila kawasan bersolat sudah penuh. Sesudah bersolat & berdoa kami pun beredar dengan rasa kepuasan yang tak terhingga.

Gambar Hijr Ismail

Laluan kerusi roda terletak di pintu 95 (Babul XXXXXXXX) tak jauh dari Babul Malik Abdul Aziz (Pintu Utama 1).

Laluan turun ke Dataran Kaabah Babul Malik Abdul Aziz bahagian dalam (Signboard Hijau Putih)

Kalau masuk dari Babul Malik Abdul Aziz (Pintu Utama 1) dan jalan terus, kita akan sampai ke Babul Malik Abdul Aziz bahagian dalam (Signboard Hijau Putih) Dataran Kaabah  

09.30am - Sebelum balik sempat lagi posing di Dataran Kaabah berlatarbelakangkan  Maqam Ibrahim dan Kaabah.

Balik semula ke hotel dengan berjalan kaki untuk berkemas-kemas. Kami kena bersiap untuk berangkat ke Madinah.

Sempat singgah beli Ice cream lagi.

11.30am - Bertolak ke Masjidil Haram untuk Solat Zohor. Sebelum solat zohor sempat lagi untuk tawaf sunat sementara menunggu Azan Zohor. Zohor yang terakhir hari ini dilakukan dibawah panas terik matahar diJamakkan dengan Asari. Selepas solat Jenazah & sunat baadiah, semua jemaah Redho Travel dihimpunkan di Dataran Kaabah Berhampiran Babul Malek Abdul Aziz untuk Tawaf Wada sebelum meninggalkan bumi Makkah.

Dataran Kaabah mula dikosongan diantara Rukun Yamani dan Hajar Aswad bagi memberi ruang Iman bersolat diruang bawah tempat Azan bagi Solat Zohor. (Imam x solat belakang makmum)

Solat sunat selepas tawaf disertakan membaca doa tawaf Wada membuatkan air mata bercucuran.

 

25. DOA SELEPAS TAWAF WIDA’

 Sebahagian Maksudnya :

 

01.20pm - Terasa sebak hati untuk memandang Kaabah untuk kali yang terakhir sebelum berangkat. Beberapa kali perjalanan keluar dari Masjid terhenti. Minum Air Zam-Zam lagi sepuas-puasnya sambil memandang Kaabah. Ya Allah, Engkau Perbanyakkan Rezeki yang Halal Lagi berkat Supaya aku dapat mengunjungi rumah mu ini lagi. Ya Allah, Perkenankal Doaku ini.

 

Doa Minum Air Zam-Zam

Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit .

 

01.30pm - Tunggu bas untuk Balik semula ke hotel untuk makan tenghari.

02.00pm - Berkemas untuk kali yang terakhir dan turunkan beg ke Lobby Hotel.

03.00pm - Bas datang dan Kami pun berangkat meninggalkan Kota Suci Mekah dengan rasa sedih. 

Jemaah Asal seramai 35 orang.

Ditambah 6 orang Jemaah 

Jumlah 41 orang yetapi beg dah x boleh nak letak kat bawah sbb dah penuh. Sebahagian beg diletakkan di tangga bas yang tengah berserta di laluan tengah.

 

07.00pm - Berhenti di Perhentian Lebuharya untuk solat Jamak/Qasar Maghrib dan Isyak.

Lepas tu pekena Nasi baryani ayam SR15.00 Satu pinggan boleh makan untuk 2 orang.

10.30pm - check in di Hotel Isqra Al Madinah.

Bilik ok.

Jarak ke Masjid 50m ++ je

Di Madinah, Wanita Dilarang membawa talipon yang ada kamera kedalam kawasan Masjid. 

Setiap kali masuk masjid, beg anda akan dperiksa.

 

11.00pm - Meronda ke Masjid Nabawi bagi memudahkan kami pergi bersolat esok pagi.

07.06.12 - Hari Khamis - Hari Kesepuluh

 

03.30am - Pergi ke Masjid Nabawi untuk solat subuh.

05.30am - Sempat melawat-lawat ke Raudah, Makam Nabi dan keluar kearah perkuburan Baqi.

05.50am - Cuaca dah agak terang. Buat pertama kalinya melihat deretan payung di Dataran Masjid Nabawi kembang secara serentak.

06.00am - bersarapan di hotel. Makanan semunya Style Arab - Roti XXx, salad +++.

07.00am - Ziarah dalaman bersama Wakil Asari Murni Di Madinah - Ustaz Haji Abdul Hamid.

Kaum wanita di bawa oleh Ustazah xxxxxx

 

Kami diberikan taklimat ringkas di lobi hotel sebelum memasuki perkarangan Masjid Nabawi.

Seterusnya Mutawif Inform Hari ni Acara Bebas sehingga besok

 

10.00pm - Jalan Jalan cari makan di restoren Syameer. 

Kari kambing = SR4.00

Ayam Panggang = SR4.00

Nasi Baryani = SR4.00

Teh Tarik = SR2.00

Roti Nan = Free Je

Air Tin = SR2.00

 

Perlu tahu Jadual Lawatan, Jadual Makan & Jadual Waktu Solat setiap masa.

08.06.12 - Hari Jumaat - Hari Kesebelas

 

Raudah ini berkeluasan 6 x 6 tiang. Di kawasan ini Karpetnya berwarna HIJAU. 

Terdapat 3 struktur dikawasan in iaitu

1. Mimbar Nabi.

2. Mihrab.

3. Tempat azan. - Dibawah tempat azan ini adalah sempadan untuk tirai bagi kaum wanita.

 

Waktu lawatan ke Raudah 

- Bagi lelaki sepanjang masa tetapi masa adalah terhad. Sebaik sahaja selesai solat sunat 2 rakaat, Sekiranya anda menadah tangan untuk berdoa, anda akan ditarik keluar oleh polis-polis yang menjaga bagi membolehkan jemaah lain Solat pula. Pandai-pandai le nak berdoa disini.

 

- Waktu Lawatan Bagi wanita hanya : 

1. Selepas Zohor sehingga sebelum Asar.

2. Selepas Isyak sehingga Subuh.

3. Selepas Subuh pada puku 6.00am sehinggga Zohor.

Alhamdullah, Pagi ni agak lama dapat duduk didalam Raudah. 

Subuh pukul 4.01am. Sebaik sahaja selepas Solat Subuh & Solat Jenazah (kira2-kira 4.40am), Saya berkejar ke kawasan Ruangan Raudah untuk wanita ini sebelum dipasang tirai disekelilingnya. Selepas tirai dipasang, Akan ada polis yang menjaga di kawasan tirai (pintu) yang terbuka . Hanya dibenarkan keluar sahaja dari kawasan ini. Masuk tidak dibenarkan. Jemaah lelaki yang telah berada dikawasan ini akan dibenarkan berada disini sehingga 5.50am. Nantii akan ada polis-polis & Pak Arab akan halau semua orang keluar sebelum wanita dibenarkan masuk pada pukul 6.00am. Mula-mula lepas solat memang penuh, tunggu dalam 5-10 minit pasti, akan ada ruang untuk anda bersolat berta bermunajat. Semangkin lama kawasan ini akan semangkin lapang kerana Jemaah telah mula beredar keluar. 20 minit terakhir sebelum 5.50am saya perhatikan hanya separuh dari kawasan raudah ini dipenuhi jemaah. Rasa bertuah kerana dapat berada diRaudah ini dengan cukup aman, selesa, tanpa ganguan.

 

Saya pulang lewat ke hotel untuk bersarapan pagi ni.

Orang lain dah bersedia untuk Ziarah Luaran ke Masjid Quba +++.

Solat sunat 2 rakaat.

Melawat Ladang kurma.

Kurma kat sini mahal jika dibandingan dnegan Pasar Kurma.

Coklet pun SR30.00/kg. Kat pasar Kurma boleh dapat SR20.00/kg.

Kat sini yang boleh dibeli adalah Kurma Muda yang masih hijau. Yang ni kat pasar kurma x de jual.

Melawat Jabal Uhud

Perkuburan Syuhadah Uhud termasuk Syaidinah Hamzah.

11.30am - Pergi Solat Jumaat

04.30PM - Jalan Jalan Cari Kurma Di Pasar Kurma

09.06.12 - Hari Sabtu - Hari KeDuabelas (Hari Terakhir)

Hari ni Shopping time

Dalam Shuq AlSaha ni ada banyak kedai-kedai. Kira kalau kat Malaysia ni macam bazar.

Dari luar x nampak sangat banyak kedai. Bila dah masuk dalam, macam macam ada. Harga pun boleh tahan murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai yang kat luar.

Tarpaksa beli beg untuk mengisi baju-baju-baju, kurma-kurma-kurma +++ yang dibeli

Beli beg terbesar pulak dahhhhhh

 

11.30am - Bersedia untuk pergi Solat Zohor & Ziarah Wada.

01.30pm - Balik solat zohor sempat lagi menyinggah untuk memenuhkan beg.

02.00pm - Makan tenghari dihotel

02.30pm - menurunkan segala barangan ke lobbi hotel.

03.00pm - Bertolak ke Jeddah. Selamat Tinggal Madinah. Aku akan merindui mu. Jika Dipanjankan umur, Diperbanyakkan Lagi Rezeki yang Halal Lagi berkat, Aku pasti akan kesini lagi.

08.00pm Tiba di Terminal Haji Airport Jeddah.

11.00pm - Dapat Boarding Pass & pasport

10.06.12 - Hari Ahad 

12.00pm Check-in barang.

Beg besar ku seberat 39.00 Kg. Kenapa masa timbang kat luar tadi rasanya 29 kg je.

Agen muasassah Abdul Jalil geleng kepala. Ni baru seorang.

05.00am - Penerbangan berlepas. Solat subuh di tempat duduk menghormati waktu. Begitu juga untuk solat Zohor & Asar.

Start fly je semua terus tarik selimut & tidurrrrrrrrrrrrr al maklum lah dah 24 jam x tidur.

07.00pm Mendarat Di LCCT.

08.30pm - Baru dapat keluar setelah menunggu beg & Air Zam-Zam.

09.00pm - Singgah di Masjil KLIA untuk menunaikan Solat Qada Subuh, Zohor & Asar semasa dalam penerbangan tadi.

Proses mengeluarkan duit di Makkah & Madinah.

 

Saya menggunakkan kad maybank yang biasa saya pakai kat sini je. Pastikan Kada anda mempunyi Logo PLUS dibelakangnya

Sebelum kesini saya dah setkan untuk buat International Transaction.

Chargenya RM12.00 untuk setiap kali pengeluaran.

 

Keluar SR1500.00 = RM1296.17

Keluar SR1000.00 = RM858.56

 

Logo Plus

Bas bertolak kul 3.30 pm terus ke Jeddah.

admin@e-kedai.com.my

AKAN DATANG

Waktu Tidur Di Al Haramain

Kawasan Saie

Peta Masjidil Haram

Makkah Pada Masa Akan Datang

Kedudukan Tandas Di Makkah

Tips Berguna

Tempat Yang Boleh di Lawati di Makkah

Tempat Yang Boleh di Lawati di Madinah

Ilmu Berkenaan Haji